Hanya kerana tidak mahu bermain Mobile Legends bersama, seorang lelaki dan rakannya telah menjadi mangsa pukul oleh sekumpulan individu. Insiden ini berlaku di sebuah stesen minyak di Telok Mas pada dua hari lalu.

Difahamkan kejadian ini berlaku pada 5 pagi yang mana mangsa berusia 25 tahun  diajak rakannya yang berumur 22 tahun ke lokasi untuk menyelesaikan perselisihan faham berhubung isu enggan bermain permainan ‘Mobile Legends’ secara dalam talian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Harian Metro

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, berdasarkan laporan, mangsa menyatakan sebaik mereka sampai, terdapat beberapa lelaki bermotosikal menunggu di stesen minyak terbabit.

Beberapa minit kemudian muncul sekumpulan lagi lelaki juga bermotorsikal terus memukul rakan mangsa. Mangsa cuba membantu namun dihempuk dengan topi keledar hingga cedera di kepala, patah tulang hidung dan menerima beberapa jahitan di kepala ketika dirawat di Hospital Melaka.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) diketuai Inspektor Mohd Shahrol Firdaus menjalankan siasatan sebelum menahan tujuh lelaki berusia 16 hingga 28 tahun dalam dua serbuan di Jalan Kota Melaka kerana disyaki terbabit dalam kes pergaduhan itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 dan 148 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah dan melakukan gaduh gempar. Beliau berkata lagi, tujuh suspek terbabit direman selama lima hari bagi membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi polis.

Sumber