Sebelum ini dilaporkan bahawa Fatiya Latiff yang lama menyepi dari dunia hiburan dikatakan telah memulakan kerjaya baharu sebagai seorang peguam dan hal ini telah menjadi bualan ramai.
Terbaharu, Fatiya Latiff dalam sebuah hantaran di Instagram miliknya menafikan hal tersebut dan tampil menjelaskan hal sebenar dimana dia tidak pernah berkhidmat sebagai seorang peguam susulan fotonya yang viral sebelum ini.
Baca Juga:
- Lama Menyepi Dari Dunia Hiburan, Fatiya Latiff Kini Bergelar Peguam
- ‘Dia Buka Aib Sendiri’ – Didie Alias Kesal Dituduh Sengaja Buka Pekung Kawan Baik
Menurutnya, perkongsiannya yang memulakan tugas di sebuah firma guaman telah disalah erti oleh sesetengah pihak sehingga ada menyangka dia kini seorang peguam.
Tambahnya, dia hanya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman danmemohon maaf atas kekeliruan yang diakui berpunca daripada dirinya sendiri.
“Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan di mana saya telah terlepas pandang. Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya sebarang kenyataan di sosial media telah menimbulkan kekeliruan.” tulis Fatiya.