Pada hari ini orang ramai terkesan dengan kos sara diri yang semakin meningkat dan ramai mula mencari tempat tinggal yang tidak memerlukan belanja harian yang banyak.
Baru-baru ini Panduan Belanjawanku 2022/2023 yang diterbitkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan Alor Setar menjadi antara lokasi yang memerlukan kos hidup yang rendah, lapor Buletin TV3.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
Didapati kos hidup golongan bujang di sekitar RM1,530 sebulan sahaja, lebih rendah berbanding jika tinggal di kawasan Lembah Klang.
Berdasarkan perbandingan mengikut 12 bandar utama, Lembah Klang turut merekodkan kos hidup paling tinggi diikuti Georgetown, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Menurut panduan itu lagi, kos hidup di bandar besar semakin meningkat seiring dengan lonjakan peningkatan harga barang dan purata gaji dan upah berbanding beberapa tahun sebelumnya.
Sebagai perbandingan, kos hidup untuk golongan bujang di Lembah Klang memerlukan kira-kira RM1,930. Pasangan suami isteri tanpa anak memerlukan sebanyak RM4,630 untuk hidup selesa. Manakala pasangan suami isteri yang mempunyai dua anak pula memerlukan sekitar RM6,890 sebulan.