Di mana ada kemahuan di situ ada jalan mungkin pepatah yang paling sesuai digunakan buat wanita dari Malaysia ini apabila channel YouTube memasak miliknya berjaya meraih jumlah tontonan dan subscriber yang tinggi walaupun baru bermula tahun ini.

Channel YouTube Sugu Pavithra yang memuatnaik resipi dan cara masakan serta aktiviti harian keluarganya sehingga kini sudah pun berjaya mencatat sejumlah 163,000 subscriber, manakala video-video yang dimuat naik beliau pula mencatatkan jumlah tontonan sehingga 6 juta views.

Kepada anda yang tertanya-tanya masakan apa yang dikongsikan sehingga berjaya meraih tontonan dan subscriber sebegitu tinggi, channel ini tidaklah memaparkan masakan-masakan yang kompleks sebaliknya berkongsi resipi ringkas terutamanya juadah berasaskan makanan India seperti beriani, kari dan lain-lain.

sugu

Apa yang menarik tentang channel ini adalah kebanyakan (atau hampir semua) video-video yang dimuat naik ini kelihatan seperti dirakam menggunakan smart phone dan bukannya menggunakan peralatan penggambaran berkualiti tinggi seperti sesetengah Youtuber masakan yang lain.

Malah, video-video ini juga dihasilkan dengan cara yang ringkas dan tidak melalui proses editing yang melampau (jika ada editing) tetapi masih mampu untuk menyampaikan maklumat dengan baik kepada para penonton di luar sana.

Jika tidak berjaya menyampaikan resipi yang ingin dikongsikan dengan baik,masakan setiap video yang dimuatnaik wanita ini berjaya meraih puluhan ribu views dengan ada juga sesetengah daripadanya yang mencecah ratusan ribu views.

sugu2

Masih sukar untuk mempercayai beliau kini menerima bayaran daripada Google? Berikut kami sertakan video yang dimuat naik beliau pada bulan lalu menceritakan mengenai perkara tersebut.

Walaupun tidak mengisytiharkan berapakah pendapatan yang diterimanya, namun bayaran tersebut sudah pastinya berbaloi terutamanya dengan masa dan tenaga yang dicurahkan beliau dalam menaikkan channel YouTube miliknya itu.

https://www.youtube.com/watch?v=Nhl53ItO8yo

Bukan itu saja, pencapaian Sugu Pavithra dan channel YouTube miliknya kini juga menjadi tumpuan media-media dalam negara selepas kisah beliau dan channelnya menuju ke puncak mula tular sejak beberapa hari yang lalu.

Jadi kepada anda yang sudah lama teringin untuk membuka channel YouTube sendiri, apa kata anda menjadikan kisah Sugu ini sebagai inspirasi dan meletakkan halangan-halangan yang dihadapi sebelum ini ke tepi terlebih dahulu.

Mana tahu, suatu hari nanti anda juga mungkin boleh mengumpul sehingga ratusan ribu dan akhirnya dibayar oleh YouTube kan?

Mencipta konten terutamanya video di YouTube kini bukanlah lagi perkara asing dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Anda juga boleh belajar membuat headline di YouTube supaya dapat orang jumpa dan tonton di sini.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai sekumpulan anak muda yang berjaya mencuri tumpuan dengan eksperimen sosial mereka di platform itu di pautan di bawah. 

Lihat YouTuber Ini ‘Kantoikan’ Bakal Tunang Rakan Mereka Menerusi ‘Gold Digger Test’

‘YouTuber’ Ditegur Pihak Berkuasa Selepas Cuba Agihkan RM10,000 Di Hadapan Istana Negara