ASUS baru-baru ini telah melancarkan model komputer riba terbaru mereka iaitu Zenbook S 13 OLED secara rasmi buat pasaran Malaysia.

Menariknya mengenai komputer riba ini, ASUS turut memaklumkan model terbaru mereka ini merupakan komputer riba dengan paparan OLED ternipis di dunia.

Saiz dan material

Mengulas mengenai berat dan ketebalan, model ini hanyalah seberat 1 kilogram dan setebal 1 cm sahaja yang sekaligus meletakkan model ini sebagai model komputer riba ultra-ringan dan nipis terbaik dalam pasaran pada ketika ini.

Meskipun hadir dengan saiz yang kompak, model ini masih lagi mementingkan soal material di mana ASUS Zenbook S 13 OLED dilengkapi dengan material yang diperbuat daripada bahan aluminum seramik plasma yang anti-cap jari dan sedap disentuh bagaikan jubin premium Niro Ceramic.

Untuk pengetahuan, kebanyakan komponen binaan ASUS Zenbook S 13 OLED diperbuat daripada bahan yang dikitar semula seperti post-industrial recycled (PCR) aluminum di bahagian penutup, PCR magnesium aluminum di bahagian tengah keyboard deck area dan juga bahan plastik yang dikitar semula digunakan untuk menghasilkan papan kekunci serta speaker.

Sebuah lagi perkara unik mengenai model ini, para pengguna turut berpeluang menetapkan skrin sehingga 180 darjah sekaligus mengesahkan fleksibiliti model ini.

Penggunaan material yang premium dan lasak ini secara tidak langsung bakal memberi keyakinan kepada pengguna untuk menggunakan model ini dalam jangka masa yang panjang tanpa sebarang masalah. Bukan itu sahaja, ASUS Zenbook S 13 OLED turut berjaya melepasi piawaian MIL-STD 810H. Menarik bukan?

Paparan

Sering kali apabila sesebuah model hadir dengan saiz yang nipis atau kompak pastinya bahagian spesifikasi antara yang dikorbankan. Walau bagaimanapun perkara ini dilihat tidak berlaku pada ASUS Zenbook S 13 OLED.

Model ini hadir dengan skrin 13.3-inci beserta paparan OLED ASUS Lumina dengan resolusi 1800×2880 pixel. Skrin bernisbah 16:10 antara yang ditawarkan dalam memastikan para pengguna selesa untuk menggunakannya bagi menjalankan tugas.

Oh ya, model ini turut melepasi piawaian VESA DisplayHDR True Black 500 serta berjaya mencapai keterangan 550 nits. Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang menikmati paparan yang jelas dan terang tanpa sebarang masalah.

Spesifikasi

ASUS Zenbook S 13 OLED hadir dengan dua pilihan cip iaitu Intel Core i5-1335U dan juga Intel Core i7-1355U. Kedua-dua model ini turut dibekalkan dengan RAM sebanyak 16GB. Model ini turut ditawarkan dengan saiz storan yang boleh dikatakan agak besar iaitu 1TB PCIe Gen 4 SSD.

Meskipun nipis, para pengguna tidak perlu risau soal hayat bateri kerana model ini mampu digunakan sehingga 14 jam untuk satu pengecasan penuh. Penawaran pengecasan 65W antara dibekalkan bagi bateri 63Wh.

Para pengguna juga pastinya tidak akan bosan dengan komputer riba kompak ini kerana turut ditawarkan bersama sistem audio Harman Kardon beserta sokongan Dolby Atmos. Sambungan internet pantas turut boleh dinikmati dengan sokongan WiFi 6E.

Menerusi Zenbook S13 OLED, ASUS meneruskan komitmen mereka untuk menghasilkan produk mesra alam dengan menggunakan bahan kitar semula termasuklah kotak pembungkusan yang disertakan.

Harga

ASUS Zenbook S13 OLED dijadualkan akan berada di pasaran pada bulan Mei dengan dua varian spesifikasi seperti di bawah.

Asus Zenbook S 13 OLED Intel Core i5-1335U, 16GB RAM, 512GB SSD – RM4,999

Asus Zenbook S 13 OLED Intel Core i7-1355U, 16GB RAM, 1TB SSD – RM5,999

Dengan penawaran rekaan yang premium, spesifikasi yang mantap serta harga berpatutan, sudah pasti komputer riba ini menjadi antara pilihan utama untuk para pengguna di Malaysia.

Nak tahu apa lebih best? ASUS sedia menawarkan ASUS Zenscreen bernilai RM1,099 khusus buat para pembeli yang pra-tempahan mengiku terma dan syarat yang ditetapkan.

Sekiranya komputer riba kompak dan nipis beserta spesifikasi hebat yang menjadi keutamaan anda, mungkin ASUS Zenbook S 13 OLED antara yang boleh anda dapatkan. Anda boleh klik di sini untuk membuat tempahan secara dalam talian.

Sementara itu, anda boleh ketahui lebih lanjut ASUS Concept Store yang menawarkan model ini dengan klik di sini.