Seorang pelajar menulis di kertas peperiksaannya bahawa hanya ujian dari Tuhan sahaja yang berhak mengujinya.

Dalam satu catatan yang kini sudah dipadam oleh @brgsjks di laman X, satu kertas peperiksaan Sains Komputer yang memerlukan pelajar menjawab soalan mengenai kunci asing telah dimuat naik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Daripada memilih untuk menjawab soalan itu, pelajar tersebut melakukan hal yang sebaliknya apabila menulis betapa beliau tidak berpuas hati dengan kertas peperiksaan tersebut.

Antara yang ditulis oleh pelajar tersebut adalah, ‘hanya Allah can test us’, ‘sesusah-susah tupai melompat, susah lagi ASK’ dan ‘baca bab lain, masuk bab lain.’

Walaupun ciapan asal telah dipadam, namun ia telah mendapat pelbagai reaksi netizen di laman sosial.

Sebahagian netizen meluahkan rasa bimbang dengan generasi anak muda sekarang yang tidak beradab dengan guru.

Manakala yang lain pula merasakan generasi anak muda sekarang ‘zero akhlak’.