Kecoh baru-baru ini apabila tular sebuah video rakaman video perbualan antara Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Mohammad Agus Yusoff dan Penolong pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Penularan video tersebut turut menyaksikan Datuk Mohammad Agus memilih untuk meletak jaatan sebagai Ketua Pengarah JKOM. Mereka turut menafikan video yang tular tersebut telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata identiti Mr H juga masih misteri kerana polis belum dapat mengesahkan individu yang hadir memberikan keterangan semalam adalah Mr H seperti yang dimaksudkan Abdul Wahab.

“Hanya Abdul Wahab sahaja yang boleh sahkan siapa Mr H. Atas faktor keselamatan juga, polis tidak dapat mendedahkan maklumat individu yang didakwa Mr H,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan individu dikenali Mr H sudah memberi keterangan kepada polis.

Difahamkan, Mr H yang tampil memberi keterangan itu adalah individu yang dikenal pasti berdasarkan laporan Mohammad Agus, lantaran itu polis masih menunggu Abdul Wahab membuat laporan polis.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily berkata, identiti Mr H tidak dapat didedahkan kerana tidak mahu mengganggu siasatan dan timbul lebih banyak spekulasi yang menyukarkan lagi siasatan.

“Kes masih di peringkat siasatan dan setakat ini empat saksi sudah tampil memberi keterangan iaitu pengadu (Mohammad Agus), aktivis politik, Che’gu Bard, (individu dikatakan) Mr H (berdasarkan laporan Mohammad Agus) dan pekerja hotel di Bangi iaitu individu yang dapat mengesahkan lokasi sidang media diadakan minggu lalu,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, Abdul Wahab masih belum tampil membuat laporan dan polis sedang menjejakinya melalui peguam beliau.

“Kita cuba menjejakinya menerusi peguam beliau dan cuba meyakinkannya, kita cuba bantu dan jamin keselamatan beliau untuk selesaikan kes ini.

“Identiti Mr H itu kita ambil daripada pengadu (Mohammad Agus) sendiri dan saya juga tidak boleh sahkan individu beri keterangan itu adalah Mr H kerana realitinya Mr H masih misteri hanya Abdul Wahab yang dapat mengesahkannya,” katanya.

Katanya, pihaknya juga masih menunggu keputusan pakar kesahihan video yang didakwa disunting itu.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat lalu di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.