Penyerang skuad kebangsaan, Haqimi Azim dilaporkan menyertai juara saingan Liga Super musim 2024/2025 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal dimana Haqimi difahamkan sudah mengikat kontrak bersama kelab Selatan tanah air itu.
Baca Juga:
- Kim Sang-sik Bimbing ASEAN All Stars Bertemu Manchester United
- Manchester United Kalah Lagi Buat Kali Ke-15
- Sonny Bill Williams Dilantik Sebagai Duta Sukan Johor
Welcome to Home of Champion, Haqimi Azim Rosli difahamkan ikat kontrak dengan JDT untuk ‘perpindahan mega’ Liga Malaysia 2025/26. 🔥🏆@ASTROARENA pic.twitter.com/K7hlrL9glD
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) April 20, 2025
Pasukan KL City menutup musim Liga Malaysia 2024-2025 dengan kemenangan apabila mengutip 3 mata di hadapan penyokong sendiri setelah menumpaskan Kelantan DN 5-2.
Haqimi Azim Tulis Surat Perpisahan?
Haqimi Azim menulis surat perpisahan di laman media sosial Instagram miliknya sejuru sebelum aksi menentang Kelantan.
”Mungkin ini kali terakhir kita berdiri bersama sebagai satu pasukan. Terima kasih atas semua kenangan, gelak tawa, dan cabaran yang kita harungi bersama.
“Walaupun selepas ini kita mungkin membawa haluan masing-masing, setiap detik yang kita kongsi akan sentiasa dekat di hati. Jaga diri, semoga kita bertemu lagi,” kata Haqimi.

Pemain berusia 22 tahun itu beraksi bersama KL City sejak musim 2022 dan beliau turut menjadi salah satu pemain pilihan untuk memperkuatkan skuad kebangsaan.