Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac 2014, adalah salah satu misteri penerbangan terbesar dalam sejarah. Meskipun berbagai teori dan pencarian besar-besaran telah dilakukan, lokasi pasti dari pesawat Boeing 777 tersebut tetap menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun, Sinar Harian baru-baru ini melaporkan bahawa seorang saintis yang telah bersara mendakwa berjaya menemui lokasi bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak tahun 2014.

mh370
Sumber Gambar: Berita Harian

Dr. Vincent Lyne, yang pernah bekerja di Australia Institute for Marine and Antarctic Studies, University of Tasmania, meyakini bahwa piksel kuning yang ia lihat pada model topografi dasar laut global menandakan lokasi pesawat MH370.

Carta berjaya menemui perkara ‘aneh’

Lyne menjelaskan bahwa data yang diperoleh dari General Bathymetric Chart of the Oceans (GEBCO), yang merupakan pemetaan bentuk dasar laut, memperlihatkan sebuah piksel yang aneh.

mh370
Sumber Gambar: Linkedin

Dengan menggunakan kaedah batimetri, iaitu teknik mengukur kedalaman laut untuk memetakan bentuk dasar lautan, beliau mengenal pasti lokasi tersebut pada koordinat 33.02°S latitud dan 100.27°E longitud, dalam sebuah kawah di bahagian timur Broken Ridge, sebuah kawasan pergunungan dasar laut di Lautan Hindi

“Ia tersembunyi jauh di dasar lautan, dengan satu piksel cerah muncul di kawasan pertemuan Broken Ridge dan Zon Retakan Diamantina, menandakan kemungkinan lokasi pesawat dengan ketepatan yang belum pernah dicapai,” dakwanya lagi.

Beliau turut menambah bahawa kedalaman lokasi itu ialah 5,750 meter, dan ia merupakan anomali yang luar biasa, yang mungkin menjadi petunjuk lokasi kemalangan MH370.

Walaupun demikian, Lyne mengakui bahawa terdapat percanggahan dalam data sonar dan bacaan altimeter satelit, yang menimbulkan keraguan.

mh370
Sumber Gambar: Airlines Rating

Pesawat MH370 terus menjadi salah satu misteri penerbangan terbesar dunia sejak ia hilang dari radar pada 8 Mac 2014, jam 1.09 pagi, bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Sehingga kini hanya satu petunjuk yang kukuh adalah di mana pesawat tersebut meninggalkan KLIA pada pukul 12.41 pagi dalam penerbangan menuju Beijing, dengan ungkapan ‘Selamat malam, Malaysian three-seven-zero’ dari kokpit sebagai komunikasi terakhir yang disahkan.

Malah, Pencarian MH370 kini jadi antara operasi paling mahal dalam sejarah penerbangan dunia, membabitkan kos AS$200 juta (RM837.47 juta) ketika itu serta penyertaan 82 pesawat dan 84 kapal laut dari 26 negara.