Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam ini.
Bagaimanapun, harga runcit diesel di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia setakat ini dengan jumlah subsidi diesel yang besar diberi oleh kerajaan lapor Harian Metro.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, harga diesel dijual pada empat harga yang berbeza mengikut subsidi.
Mengikut perkongsian itu lagi, diesel termurah memperlihatkan harga sekitar RM1.65 bagi nelayan, RM1.88 bagi pengangkutan awam darat. RM2.15 bagi kenderaan komersial dan persendirian, serta harga pasaran tanpa subsidi bagi sektor komersial yang pernah mencecah RM3.60 awal tahun ini.
Menurutnya, pada masa sama harga di negara jiran lebih tinggi, lebih kurang RM4 di Thailand, RM4.50 di Indonesia dan hampir mencecah RM9 di Singapura.
“Jumlah diesel bersubsidi meningkat mendadak dari 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 10.8 bilion liter tahun 2023 walaupun bilangan kenderaan diesel tidak bertambah dengan ketara.
“Ini menunjukkan subsidi yang diberi tiris, dan tidak dapat dimanfaat oleh golongan sasaran.
“Inilah yang biasa kita dengar dalam Ops Tiris sehinggalah baru-baru ini, banyak rampasan barang penyeludupan atau tangkapan kenderaan yang diubahsuai, yang dibuat hasil operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan semalam.
Ekoran ketirisan tersebut, kerajaan kerugian berbilion ringgit sehingga mengecilkan keupayaan untuk membela kepentingan rakyat.
“Subsidi diesel meningkat 10 kali ganda dari RM1.4 bilion pada 2019 kepada lebih RM14.3 bilion pada 2023.
“Bukan sahaja negara dan kerajaan, malah rakyat juga menanggung kesan daripada aktiviti ‘mengkhianat’ hasil negara ini,” katanya.
Susualn itu, dengan