Hampir seminggu selepas pelancaran rasmi, pada harini Huawei Malaysia telah melancarkan Huawei P10 khusus untuk pasaran Malaysia. Berdasarkan pelancaran pada kali ini, tiga model telah diperkenalkan iaitu Huawei P10 Lite, P10 dan P10 Plus.

Huawei P10 Lite merupakan model yang dikeluarkan dengan spesifikasi sedikit rendah manakala P10 dan P10 Plus hadir sebagai flagship smartphone. Seperti yang anda boleh jangkakan daripada upgrade kepada Huawei P9 yang laris dijual pada tahun lepas, model terbaru ini bakal memberi penambahbaikan dari segi processor, RAM, bateri dan kamera.

Menyebut tentang kamera, Huawei turut menjanjikan kamera yang lebih baik pada model terbaru mereka ini. Buat anda yang pernah menggunakan smartphone terbaru daripada Huawei, kami yakin anda berpuas hati dengan kualiti bokeh yang ditampilkan menerusi teknologi daripada Leica.

Melalui P10, teknologi ini diperkemaskan lagi dengan penggunaan teknologi ‘LeicaSelfie’. Kini pengguna bukan sahaja boleh menghasilkan gambar bokeh menggunakan kamera belakang namun menggunakan kamera hadapan ketika selfie. Gambar yang lebih detail dan sharp antara yang bakal diterima pengguna.

Seperti juga smartphone flagship yang lain, Huawei turut menyertakan fungsi kalis air pada siri Huawei P10 ini sebagai pertambahan terbaru untuk model keluaran mereka.

Harga

Tidak seperti Huawei P9, model terbaru mereka ini turut dilancarkan dengan harga permulaan yang sedikit tinggi. Huawei P10 bakal dijual dengan harga RM2,499 manakala Huawei P10 Plus dijual dengan tanda harga RM3,099. Dikatakan warna Prestige Gold dan Graphite White merupakan warna model terawal yang bakal dijual.

Boleh dikatakan harga yang masih berpatutan berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan memandangkan smartphone lain seperti Sony, LG dan Samsung telah mula mencecah harga penjualan yang lebih tinggi.

Tarikh penjualan

Pra-pesanan Huawei P10 bakal bermula pada 23 mac ini dan bakal dijual secara rasmi pada 31mac. Buat anda yang mahukan kamera dengan bokeh yang power, gambar yang detail serta prestasi penggunaan yang memuaskan, mendapatkan Huawei P10 atau P10 Plus sememangnya pilihan yang berbaloi.

Jika budget menjadi halangan buat anda, mendapatkan Huawei P9 boleh dikatakan masih releven ketika ini memandangkan harga yang dijual dengan lebih rendah di Lazada. Anda boleh dapatkannya di sini. Buat anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Huawei P10, anda boleh ikuti ulasan penuh Vocket tentang Huawei P10 di sini.