Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial telah berkongsi pengalamannya mengenai kenaikan mendadak harga insurans perubatan daripada RM200 kepada RM1,056 sebulan.

Kenaikan ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen tentang harga dan adakah kos insurans kesihatan masih berpatutan di Malaysia.

Dari RM200 ke RM1,056

Pengguna media sosial yang telah mengambil insurans perubatan takaful sejak tahun 2009, pada mulanya hanya membayar premium sebanyak RM200 sebulan.

Namun, apabila usianya mencecah 55 tahun, premiumnya meningkat kepada RM500+, dan kemudiannya kepada RM750++ apabila menghampiri usia persaraan.

Hagra insurans

Pada tahun lepas, beliau terkejut apabila dimaklumkan bahawa premiumnya akan dinaikkan kepada RM1,056 sebulan.

“Saya rasa ini sudah melampau. Mereka sepatutnya menilai berapa kerap kita menggunakan takaful kita. Saya telah memohon pertimbangan, tetapi mereka tidak mahu. Jadi, saya tiada pilihan selain menamatkan polisi ini,” katanya.

Reaksi Netizen: Kebimbangan dan Kritikan

Perkongsian beliau ini mendapat perhatian masyarakat, dengan ramai netizen menyuarakan kebimbangan mereka tentang kenaikan premium yang mendadak.

Pengguna media sosial yang lain berkongsi pengalamannya sendiri, di mana harga insurans beliau telah meningkat daripada RM131 pada tahun 2018 kepada RM387 sekarang.

Hagra insurans

“Bayangkan 10 tahun lagi, ia mungkin akan mencecah RM800. Dan menjelang usia 60 tahun, mungkin lebih RM1,000,” katanya.

Ramai netizen juga mengkritik syarikat insurans kerana tidak mengambil kira penggunaan sebenar oleh pelanggan.

Mereka berpendapat bahawa kenaikan premium yang mendadak ini tidak adil, terutamanya bagi mereka yang sudah bersara dan mempunyai pendapatan yang terhad.

Harga Insurans Masih Berpatutan?

Kenaikan harga insurans ini mencetuskan persoalan tentang adakah harga insurans kesihatan diĀ  Malaysia masih berpatutan dan diterima oleh orang ramai?

Ramai yang berpendapat bahawa syarikat insurans sepatutnya lebih telus dalam menetapkan premium dan mengambil kira penggunaan sebenar oleh pelanggan.

Hagra insurans

Kenaikan harga insurans yang mendadak ini adalah satu isu yang perlu diberi perhatian serius.

Ia bukan sahaja membebankan rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang sudah bersara, tetapi juga mencetuskan persoalan tentang keberkesanan dan keadilan sistem insurans kesihatan di negara kita.