Salah satu insiden yang pasti diingati orang ramai pada tahun 2021 ini ialah kemalangan Proton X50 semasa penghantaran kepada pelanggan. Rata-rata ramai yang mahu tahu adakah pihak insurans akan memberikan pampasan sekiranya kenderaan terlibat kemalangan teruk seperti itu.
Seorang perancang kewangan telah berkongsi info melalui akaun Twitter @LuthfiMY mengenai jenis-jenis pampasan insuran sekiranya berlakunya kemalangan pada kenderaan.
Actually, tak ramai orang tahu tentang perbezaan yg sangat-sangat penting bila kita renew insurans/takaful kenderaan iaitu MARKET VALUE dan AGREED VALUE.
Selalunya apa yang kita pilih adalah Insurans/Takaful yang murah kan? Kita tak pernah ambik port pun pasal Market atau Agreed
— Luthfi Suib (@LuthfiMY) March 23, 2021
Menurut Luthfi, ramai orang tidak perasan dengan nilai Market Value dan Agreed Value semasa memperbaharui insurans/takaful yang telah dilanggan. Tambahnya lagi, rata-rata ramai orang memilih bayaran bulanan yang termurah.
FYI, syarikat Takaful tak kesah pun pasal jumlah loan kita. Yang kisah tentang loan tu adalah diri kita sendiri.
So kalau baki loan bank RM45k, tapi syarikat Takaful bayar RM35k, bermakna kita kena bayar baki RM10k dgn bank.
So hampa rasa Market Value ni macam mana?
— Luthfi Suib (@LuthfiMY) March 23, 2021
Pihak syarikat insurans/takaful akan membayar jumlah pampasan mengikut harga market value kenderaan yang hilang atau ‘total loss’. Sebagai contoh, jika market value kenderaan berjumlah RM35,000, pihak insurans akan membayar jumlah yang sama.
Sekiranya baki pinjaman bank berjumlah RM45,000, pihak Takaful akan membayar RM35,000, manakala baki selebihnya RM10,000 perlu dibayar oleh pemilik kenderaan sendiri.
Then, apa fungsi Agreed Value kalau depa akan bayar ikut Market Value?
Contoh :
Agreed value : RM30k
Market Value : RM20k
Loan : RM25kKereta hilang, Takaful akan bayar pampasan min RM20k sahaja
Tapi, since loan kita dgn bank ada RM25k, so Takaful bayar ke bank RM25k. Settle!
— Luthfi Suib (@LuthfiMY) March 23, 2021
Manakala Agreed Value pula, Lufthi menyatakan syarikat Takaful akan tawarkan nilai jumlah yang dilindungi untuk kenderaan tetapi tidak banyak syarikat yang menawarkan Agreed Value ini.
Sebagai contoh, andaikata Agreed Value bersama pihak Takaful berjumlah RM30,000, Market Value kenderaan (RM20,000) dan pinjaman bank (RM25,000), Takaful hanya membayar pampasan minimum RM20,000 sahaja.
Tetapi disebabkan masih mempunyai pinjaman bank, Takaful akan membayar terus kepada pihak bank sebanyak RM25,000.
Satu contoh kemungkinan kita boleh dapat duit cash :
Agreed value : RM30k
Market Value : RM20k
Baki Loan : RM10kTakaful still akan bayar pampasan RM20k ikut market value.
Kemudian, bank akan settle loan kita RM10k. So kita dapat balance RM10k di tangan.
Secara teori lah ye
— Luthfi Suib (@LuthfiMY) March 23, 2021
Kawan-kawan yang dikasihi, cadangan saya, lepas ni kalau nak renew insurans/takaful kereta tolong la study dulu ye.
Syarikat Takaful offer benefits yang more less the same. Tapi, kita kena ensure :
1. Agreed or Market value?
2. Jumlah baki loan dengan bankDua point penting!
— Luthfi Suib (@LuthfiMY) March 23, 2021
Ada juga situasi di mana pemilik kenderaan boleh mendapat duit tunai setelah Takaful membayar pampasan mengikut Market Value dan pihak bank selesaikan jumlah baki pinjaman.
Sebagai penutup bebenang ciapan, Luthfi menyarankan agar memilih Agreed Value sebagai Takaful kenderaan kerana ia lebih selamat dan terjamin sekiranya kenderaan tersebut baru dibeli dan jumlah pinjamannya tinggi.
Pernahkah anda menerima saman dan meminta anda hadir ke mahkamah? Seorang peguam ada berkongsi prosedur mahkamah untuk menyelesaikan denda tersebut.
Peguam Ini Kongsi Cara Selesaikan Denda Kesalahan Jalan Raya Yang Melibatkan Mahkamah
Mudah Dan Cepat, Gadis Ini Kongsikan Cara Untuk ‘Renew’ Lesen Secara Online