Berita ini mungkin merisaukan peminat kopi. Permintaan kopi meningkat dari tahun ke tahun tetapi masalah timbul apabila bekalan kopi semakin berkurangan. Antara sebabnya adalah kekurangan pekerja di ladang kopi disebabkan penduduk tempatan lebih berminat bekerja di bandar atau sektor lain yang lebih menguntungkan. Salah satu negara pengeksport kopi, Costa Rica menghadapi penurunan 16 peratus eksport biji kopinya untuk bulan Januari.

Kemarau panjang yang sedang berlaku di Brazil sedikit sebanyak melambatkan proses penanaman pokok kopi yang baru. Brazil merupakan negara pengeksport biji kopi paling banyak di dunia. Pada tahun 2014 sahaja, nilai eksport kopi Brazil adalah sebanyak USD6.1 billion.

brazilcoffee

Pokok kopi memerlukan empat atau lima tahun untuk ia menghasilkan biji kopi yang boleh di brew. Dengan peningkatan 15 peratus kedai kopi di serata Asia tahun lepas, semestinya permintaan untuk kopi meningkat. Di Britain sahaja, bilangan kedai kopi sudah melebihi 20,000 kedai.

Jadi jika kekurangan ini berterusan, kemungkinan besar harga kopi sedunia akan meningkat naik. Jadi bagi peminat kopi premium dari luar, anda terpaksa bersedia untuk berbelanja lebih untuk kopi kegemaran anda. Kemungkinan besar harga cafe latte kegemaran anda di Starbucks akan naik. Sebagai alternatif, jom minum kopi tempatan. Murah tapi ‘kaw’.