Selain pengangkutan awam, warga tempatan juga bergantung dengan servis e-hailing seperti Grab untuk bergerak ke sesuatu destinasi dengan harga berpatutan.

Namun kebelakangan ini, syarikat e-hailing nampaknya sengaja mengambil kesempatan ke atas pengguna dengan menaikkan tambang servis yang terlalu tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkara ini terbukti selepas seorang pelanggan berkongsi pengalaman di media sosial mereka menyatakan rasa tidak percaya dengan kenaikan mendadak dalam harga perjalanan di dalam aplikasi Grab.

Jika sebelum ini, perjalanan sejauh 10KM biasanya menelan kos sekitar RM17 sahaja, tetapi kini harga telah melonjak kepada RM44 dan ke atas.

Menjadi kebiasaan buat pengguna tetap untuk hanya menempah perjalanan waktu selain jam puncak (peak hour) kerana tambang yang tinggi.

Namun, kali ini syarikat Grab didakwa memanipulasi tambang dek kerana mungkin penguasaan dalam industri. Hal ini menyebabkan mereka melaksanakan kenaikan caj tambang sesuka hati.

Ramai turut bersetuju bahawa servis e-hailing kini menjadi lebih mahal dan semakin kurang dipercayai. Manakala wujud spekulasi lain bahawa kenaikan tambang ini juga berkait dengan sikap pemandu yang menolak penawaran tambang asal kerana merasa tidak berbaloi dengan masa dan tenaga mereka.

Sumber Gambar: X @ekharus
Sumber Gambar: X @ekharus

Dalam pada itu, sebahagian pengguna juga membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan Grab yang bakal mengambil alih FoodPanda yang mana akan menjurus kepada dominasi dalam industri sepenuhnya.

Lalu, sebahagian pengguna maya kini mencadangkan pilihan alternatif lain seperti inDrive, Maxim atau AirAsia Ride yang jauh lebih berpatutan jika nak dibandingkan dengan syarikat e-hailing terkemuka itu.

Sumber