British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) menaikkan harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa esok.

Harga baru untuk rokok rangkaian Dunhill adalah RM17, Benson & Hedges (RM17), Pall Mall (RM15.50), Shuang Xi (RM18), Kent (RM17), Peter Stuyvesant (RM15.50) dan Lucky Strike Plain (RM17.50).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengarah Urusannya, Stefano Clini berkata, harga rokok dinaikkan seiring dengan kenaikan eksais rokok sebanyak 40 peratus yang dikenakan kerajaan.

Katanya, ia turut mengambil kira kesan GST serta tekanan kos inflasi.

“Industri tembakau sebelum ini sudah terjejas dengan peningkatan sebanyak 12 peratus (eksais rokok) yang dilaksanakan pada 1 November 2014 selain pengenalan GST sebanyak enam peratus, awal April lalu.

“Pasaran tembakau merosot 10 peratus pada September lalu dan kenaikan mendadak eksais rokok ketika ekonomi yang lemah serta sentimen pengguna hari ini akan menyebabkan permintaan tinggi terhadap rokok seludup.

“Ia memungkinkan satu daripada tiga kotak di pasaran adalah rokok yang diseludup. Kami tidak boleh membayangkan apa yang akan berlaku pada industri ini sekiranya eksais berkenaan dinaikkan sehingga 40 peratus,” katanya.

Sementara itu, semua stesen minyak, kedai serbaneka dan hypermarket sudah menerima senarai harga rokok pada 7 malam tadi.

Pemilik premis akan menguatkuasakan harga itu serta merta bermula 12.01 tengah malam tadi.

Seorang daripada pemilik stesen minyak di Kuala Lumpur mengesahkan menerima notis daripada BAT Malaysia berhubung kenaikan harga rokok berkenaan.

BACA: Nah 3 Soalan Sentap Yang Boleh Diberikan Kepada Perokok

TONTON: Merokok vs Vaping, Yang Mana Lebih Selamat?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber