Sejak beberapa bulan lalu, mekanisme subsidi minyak bersasar telah mula menjadi tumpuan ramai apabila kerajaan mendapati terdapat lonjakan ketara dalam unjuran subsidi bahan api untuk 2022 kepada RM28 bilion berbanding RM11 bilion pada 2021.

Terbaharu Maybank Investment Bank (Maybank IB) menjangkakan para pengguna perlu membayar harga petrol RON95 dan diesel mengikut harga pasaran dunia apabila subsidi bersasar berkemungkinan besar akan dilaksanakan tahun depan, lapor Berita Harian.

‘BMW Tidak Layak Terima Subsidi Minyak Seperti Kancil’ – Kerajaan Pertimbang Mekanisme Bahan Api Bersasar

“Kami menjangkakan harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi tahun depan dengan semakan semula subsidi bahan api.

“Kami difahamkan ujian mekanisme subsidi bersasar dimulakan bulan lalu dan akan berjalan tiga hingga enam bulan. Justeru, anggapan kami subsidi bahan api akan disemak semula tahun depan sebagai sebahagian agenda dalam Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober ini,” kata Maybank IB dalam satu nota penyelidikan.

Nota penyelidikan itu disediakan oleh tiga penganalisis bank pelaburan berkenaan iaitu Dr Zamros Dzulkafli, Suhaimi Ilias dan Fatin Nabila Mohd Zaini.

Ekonomi Malaysia Berada Di Tahap ‘Baik’ Walaupun Diasak Cabaran Global, Kata Bank Dunia

Tambah Maybank IB lagi, pihaknya telah mengubah unjuran kadar inflasi 2022 kepada 3.3% berbanding 3.4% sebelum ini, manakala kadar inflasi tahun depan diunjurkan pada 4.0% berbanding 4.1% sebelumnya.

Unjuran berkenaan turut mempertimbangkan kesan rasionalisasi subsidi harga yang telah diumumkan dan dijangka akan dilaksanakan oleh kerajaan, jelas bank pelaburan itu.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

‘BMW Tidak Layak Terima Subsidi Minyak Seperti Kancil’ – Kerajaan Pertimbang Mekanisme Bahan Api Bersasar

Persatuan Kongsi Realiti Lebih 50% Pengusaha Stesen Minyak ‘Tenat’ Walaupun Harga RON97 Meningkat

Harga Hampir Cecah RM5.00 Seliter, Jualan Petrol RON 97 Menurun 65%

Sumber