Sony pada minggu lalu telah mengumumkan rekaan konsol generasi terbaru mereka iaitu Sony PlayStation 5. Pengumuman yang dibuat tanpa pemberitahuan harga nampaknya sudah berjaya membuatkan para netizen teruja serta berhajat untuk menjadi yang terawal untuk memilikinya.

Pada minggu ini, telah tertiris di laman Amazon Perancis yang memaparkan harga rasmi Sony PS5 bagi pasaran Eropah sekaligus memberi bayangan kepada orang ramai harga yang bakal dijual kepada orang ramai.

Menerusi perkongsian daripada Twitter Ben Geskin, Sony PlayStation 5 bakal ditawarkan dengan harga €499 (RM2,403.88) buat edisi fizikal manakala Digital Edition bakal ditawarkan dengan harga €399 (RM1,922.14).

Untuk pengetahuan, terdapat dua versi yang ditawarkan pada Sony PS5 pada kali ini iaitu PlayStation 5 dan PlayStation 5 Digital Edition. Model Digital Edition ditawarkan dengan harga yang lebih rendah kerana tidak menyokong blu-ray disc secara fizikal.

ps5_02-950×535

Sekiranya anda seorang gamer yang tidak berminat untuk mendapatkan game secara fizikal serta lebih selesa memuat turun game, mungkin Sony PlayStation 5 Digital Edition yang ditawarkan dengan harga lebih rendah bakal menjadi pilihan anda.

Difahamkan lebih 4,000 game PS4 sedia untuk dimainkan pada konsol PS5. Bukan itu sahaja, PS5 juga dikatakan bakal menawarkan prestasi 100 kali lebih pantas berbanding Sony PS4.

Lebih 4,000 ‘Game’ PS4 Dilaporkan Bakal Ditawarkan Pada Konsol PS5

Sony Sahkan PS5 100 Kali Lebih Pantas Berbanding PS4