Walau sekecil apa pun hadiah diberikan oleh orang yang tersayang terutama sekali daripada ibu bapa, pasti kita akan hargai dan berasa gembira. Itulah yang dirasakan oleh seorang pengguna TikTok @zohtaco dalam sebuah video.

Menerusi video yang dikongsinya di TikTok, dia terlihat gembira apabila ayahnya membelikan dia sebuah beg berjenama mewah Charles & Keith dan ia merupakan beg jenama mewah pertama dia miliki.

Baca Juga:

@zohtaco

thank you dad 🥹

♬ Glitch – Just audios

Akan tetapi, video yang dikongsikannya untuk menghargai pemberian ayahnya itu menerima komen negatif daripada segelintir netizen apabila ada yang mengatakan bahawa jenama tersebut bukanlah jenama mewah.

Susulan menerima komen negatif, dalam satu video terbaharunya dia mengatakan bahawa keluarganya bukanlah berasal dari golongan yang ‘senang’ dan bukan mudah untuk membeli sesuatu barangan baru.

Komen negatif yang diterima olehnya telah mendapat perhatian ramai orang dan rata-rata netizen memberikan sokongan kepadanya serta mengatakan bahawa nilai hadiah tidak diukur dengan harga tetapi niat. Terharu dengan sokongan netizen, dia mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memberikan kata-kata positif kepada dirinya.