Umat Islam di seluruh negara bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah pada Sabtu, 21 Mac.

Pengumuman berkenaan dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Pengumuman rasmi itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.