Ramai terkejut sewaktu pengumuman Hari Raya Aidilfitri dibuat di layar televisyen semalam.
Ada sebahagian rakyat Malaysia yang sedang memandu pulang ke kampung, ada juga yang tengah solat terawih, sebahagian yang lain pula sedang sibuk membeli belah di saat-saat akhir.
Mana tidaknya, sebahagian daripada kita berkira-kira bahawa Aidilfitri tahun ini akan jatuh hari Selasa, namun tiada siapa sangka yang raya akan jatuh pada hari ini.
Keributan yang tidak disengajakan ini telah membuatkan penganut Muslim di Malaysia berada dalam keadaan panik.
Mereka yang masih ditempat kerja terus pulang ke kampung. Ada juga yang menyerbu pasar basah untuk mencari daging atau ayam untuk juadah esok. Manakala sebahagian terpaksa akur kerana tiket penerbangan mereka jatuh pada hari esok.
Berikut adalah gelagat rakyat Malaysia apabila diberitahu bahawa esok raya.
— FE (@faizedzahar) May 1, 2022
“Ustaz, kalau Malaysia, Brunei, Indonesia dah Raya, tapi kita belum lagi di Singapura, abeh Syaitan dah terlepas ke belum?”
Depends on border restrictions.
I legit received this question. Haven’t answered yet. Thinking 🤔
— Mizi Wahid (@mizi_wahid) May 1, 2022
Omak den berkeras mahu buat lomang malam ini jugak. #SketsaRaya pic.twitter.com/RMIgy69cJH
— J (@_jorji) May 1, 2022
bertenang kome… orang Perak dah biasa handle benda ni 🤣🤣 pic.twitter.com/rgUiVgNUrs
— Faisal Aziz ☕️🇲🇾 (@faisalazizfa) May 1, 2022
Last minute budaya kita
— Yak Bok Te! (@aminlandak) May 1, 2022
Aku baru dapat rehat sambil layan lagu raya ni. Keadaan chaos yang tidak disangka-sangka dapat aku atasi. Paling dramatik malam ni sorang krew Sidang Kopi terpaksa lari dari kedai untuk bakar lemang orang tempah 300 batang.
— FAH (@pipiyapong) May 1, 2022
you guys, im not kidding, my area is literally filled with racing cars & motorcycles. people are rushing to get what they need to prepare for hari raya tomorrow. just saw a makcik holding on to her groceries for dear life while her husband was speeding. 😫
— aidil (@climateaidil) May 1, 2022
The collective confusion over this year's Hari Raya date is one of the funniest things to happen so far 😭
Selamat Hari Raya lah guys! Have a great one this year ❤️
— Shafiqah Othman (@sfqomhz) May 1, 2022
Raya tahun ini boleh dikatakan paling riuh setelah dua tahun terpaksa beraya jauh dari keluarga akibat pandemik COVID-19.
Semua orang pasti teruja untuk bersama dengan keluarga, namun bagi yang tidak sempat akibat daripada kejutan raya tahun ini, tidak apa, masih ada masa untuk anda.
Rayakan sebulan.
Raya saya berubah apabila berkahwin dengan orang jawa. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
8 Persoalan Yang Bakal Berlegar Di Otak Anda Ketika Kali Pertama Beri Duit Raya
Sedih Tak Dapat Balik Kampung? Meriahkan Hari Raya Anda Dengan 5 Cara Ini