Skuad Harimau Malaya dilaporkan bakal beraksi dalam kejohanan Piala Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA).
Menurut perkongsian wartawa sukan iaitu Thomas Bullock, Malaysia menjadi salah satu pasukan yang beraksi di kejohanan berkenaan.
Baca Juga:
- Tewas Kepada Malaysia, VFF Senaraikan 100 Pemain Warisan
- Bekas Pengendali Vietnam Anggap Kualiti Pemain Warisan Malaysia ‘Biasa’ Saja
- Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dan Garuda Menurut Media Indonesia
⚽️ Oman 🇴🇲 and Malaysia 🇲🇾 will take part in the 2025 @CAFAssociation Cup!
They join 🇰🇬 Kyrgyzstan, 🇹🇯 Tajikistan, 🇹🇲 Turkmenistan, 🇺🇿 Uzbekistan, 🇦🇫 Afghanistan & 🇮🇷 Iran.
🇷🇺 Russia declined to participate.
🗓 Aug 26 – Sep 9
📍Expected to be hosted in Kyrgyzstan & Uzbekistan. pic.twitter.com/o01yWe3a8P— Thomas Bullock (@thomasbullock_) June 18, 2025
Pasukan Selain Harimau Malaya Di CAFA Cup
Selain Malaysia, beberapa pasukan lain turut menyertai kejohanan edisi kali ini.
Pasukan seperti Oman, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Kyrgyzstan selaku tuan rumah, Afghanistan serta Iran.

Menurut Thomas, penganjur turut menjemput Rusia untuk menyertai kejohanan tersebut namun negara itu menolak.
Kali terakhir kejohanan Piala CAFA dilangsungkan ialah pada 2023 yang menyaksikan Iran muncul sebagai juara.

Iran menewaskan Uzbekistan manakala Oman menduduki tempat ketiga dan Kyrgyzstan di tempat keempat.