Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim tetap berkawan baik, malah masih bercuti bersama dengan anak anak mereka. Dan perkara itu diakui Harith sebagai membuatkan sesetengah orang agak pelik.

Harith dan Jezamine rasmi bercerai pada 25 Julai yang lalu. Namun hubungan kedua dua mereka masih baik sebagai kawan, demi anak anak mereka.

Harith berkata, perceraian bukanlah halangan untuk dia dan Jezamine terus bekerjasama dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa kepada anak anak mereka.

Diepetik dari sumber BH Online, Harith Iskander berkata: “Kami tak pernah kekok untuk bekerjasama. Kami masih pergi bercuti bersama. Kalau sunyi saya boleh hubungi bekas isteri.

“Cuma orang lain sahaja rasa pelik bila melihat kami masih berbaik meskipun sudah bercerai. Kehidupan selepas bercerai masih sama, cuma kami perlu mengambil langkah baharu dan cuba belajar berjalan sekali lagi.

“Itu bukan perkara baharu buat saya kerana pernah melalui pengalaman tidak mempunyai pasangan sebelum berkahwin.”

Harith turut berkongsi detik dia dan bekas isteri meluangkan masa bersama sama anak mereka bercuti bersama sama. Dia mengakui bahawa mereka semua menikmati percutian tersebut.

Harith juga menegaskan bahawa mereka sebelum ini sudah menjelaskan kepada anak anak mereka tentang perkara itu. Dan anak anak mereka memahaminya.

Sebelum ini Harith Iskander pernah menyatakan bahawa ‘kesilapan lelaki pada usianya’ telah menjadi punca rumah tangganya retak. Dia menafikan pernah mendera isterinya, dan perkara itu turut disahkan oleh Dr Jezamine dalam satu podcast yang sama dengan Harith Iskander.

Kedua dua mereka membuat keputusan untuk tidak mendedahkan punca hubungan mereka retak sebagai suami isteri. Kerana mereka tidak mahu anak anak mereka terkesan dengan berita tersebut apabila ianya mulai tersebar di alam maya/