Sebelum ini peminat industri seni terkejut dengan berita isteri Harith Iskander, Dr Jezamine Lim disahkan memfailkan tuntutan cerai.

Ini kerana pasangan tersebut dilihat sebagai pasangan dan keluarga bahagia.

Harith Iskander akhirnya tampil mengakui bahawa ada kekhilafan di pihaknya sebagai lelaki.

Dan penceraian adalah pilihan yang mereka buat selepas itu atas persetujuan bersama.

Bercakap kepada Rakyat Post – menurut mStar – Harith berkata: “Saya seorang lelaki yang bodoh dan sudah melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

“Dan saya tak akan beralasan tentang perkara tersebut, tetapi sama buat perkara yang bodoh yang ramai dilakukan lelaki pada usia saya.

“Saya tak nak berkongsi lebih terperinci kerana kami masih ada 3 orang anak yang masih muda dan mereka akan menonton ini pada suatu hari nanti.”

Pelawak terkenal itu menyatakan dia dan Jezamine sudah mendapatkan khidmat kaunseling namun mereka tetap mencapai kesepakatan untuk bercerai.

Ianya bukan keputusan yang mudah untuk kedua dua mereka ambil. Di mana mereka mengambil masa bertahun tahun untuk memikirkan penyelesaian tersebut.

“Sampailah saya sedar bahawa, kami lebih sesuai untuk menjadi sahabat baik dan tidak mahu ia hancur disebabkan penceraian,” tegas Harith Iskander.

Jezamine yang turut berada dalam podcast yang sama telah menafikan bahawa dia menjadi mangsa dera Harith Iskander. Dan mengesahkan bahawa gambar yang tular sebelum ini  adalah gambar dia memfailkan tuntutan cerai pada bulan lalu.