Harith Iskander menerima satu lagi tamparan hebat selepas DFP membuat keputusan berkaitan persembahan lawaknya.

Persembahan Harith di Dewan Filharmonik Petronas atau DFP dibatalkan ketika pelawak itu berdepan dengan kontroversi berkaitan lawaknya baru baru ini di media sosial.

Pelawak terkenal sepatutnya membuat persembahan pada Sabtu ini menerusi persembahan DFP Punchline: Harith Iskander 35 Years Of Laughter.

DFP sahkan pembatalan

Pihak pengurusan Dewan Filharmonik Petronas tidak mendedahkan secara rasmi sebab persembahan itu dibatalkan.

Di mana mereka cuma meminta maaf di atas sebarang kesulitan dan berterima kasih di atas pemahaman semua pihak.

Namun begitu, Dewan Filharmonik Petronas mengesahkan bahawa mereka menawarkan pembeli tiket dengan beberapa pilihan – menurut laporan mStar.

Pertamanya, pembeli tiket persembahan tersebut boleh menyimpan tiket mereka untuk digunakan bagi mana mana acara konsert anjuran DFP atau Malaysian Philharmonic Orchestra di masa akan datang.

Atau mereka mendapatkan kembali wang tiket itu dengan bayaran balik akan dibuat berdasarkan kaedah pembayaran sebelum ini.

Kontroversi Harith Iskander

Harith merupakan pelawak ‘stand up comedy’ yang sudah lama berkarier di Malaysia. Namun sejak akhir akhir ini seringkali terjerumus ke dalam kontroversi.

Harith Iskander
Harith Iskander – Foto The Sun

Beberapa bulan lalu dia dikecam kerana terlibat dalam kolaborasi lagu dengan Namewee yang dianggap double meaning.

Kemudian tidak lama yang lalu, dia membuat hantaran di media sosial yang dianggap mempersenda agama Islam.

Membuatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM baru baru ini menyatakan bahawa mereka akan memanggil pelawak itu untuk meminta penjelasan.

Rakan industri hiburannya, Shahrol Shiro sudah membuat laporan polis ke atas Harith yang dianggap membuat lawak yang tidak kena pada tempatnya.

Shahrol terkilan dengan ucapan Harith di media sosial yang dianggap membuka pintu kepada orang ramai untuk mempersenda agama Islam.

Demi Agama, Shahrol Shiro Buat Laporan Polis Ke Atas Harith Iskander & Wanita Biadap Ini

Misalnya ada pengikut pelawak tersebut dengan selamba membuat komen yang menghina Nabi Muhammad SAW.