Harman Kardon memperkenalkan dua pembesar suara baharu iaitu Liora dan Allure 2 yang menggabungkan prestasi audio berkualiti tinggi dengan reka bentuk moden serta pencahayaan ambien untuk melengkapi ruang kediaman.

Harman Kardon Liora

Harman Kardon Perkenal Liora Dan Allure 2, Gabungkan Keindahan Bunyi Dengan Reka Bentuk Moden

Harman Kardon Liora tampil sebagai model mercu dengan reka bentuk seakan-akan arca seni yang menggabungkan seni bina akustik dan pencahayaan imersif. Dilengkapi dua subwoofer 5 inci, empat pemacu julat pertengahan dan tiga tweeter, Liora menawarkan bunyi yang luas serta jelas dengan liputan sehingga 180 darjah.

Menariknya, Liora turut hadir dengan 10 tema pencahayaan animasi yang bergerak mengikut alunan muzik. Pengguna boleh mengubah warna, kecerahan dan kelajuan pencahayaan menerusi aplikasi Harman Kardon One. Ia turut menyokong Wi-Fi, Bluetooth 5.3, AirPlay 2, Google Cast dan Spotify Connect.

Harman Kardon Allure 2

Harman Kardon Perkenal Liora Dan Allure 2, Gabungkan Keindahan Bunyi Dengan Reka Bentuk Moden

Sementara itu, Harman Kardon Allure 2 hadir dengan reka bentuk lebih kompak yang sesuai ditempatkan di pelbagai ruang kediaman. Walaupun bersaiz kecil, pembesar suara ini dilengkapi tiga pemacu julat penuh dan subwoofer 3.5 inci bagi menghasilkan bunyi yang seimbang serta memenuhi ruang.

Allure 2 turut menampilkan pencahayaan ambien 360 darjah dengan lima tema LumiGlowâ„¢ iaitu Sunrise, Fireplace, Ocean, Aurora dan Blossom. Pencahayaan ini boleh disesuaikan menerusi aplikasi Harman Kardon One, selain menyokong Bluetooth 5.4 dan teknologi Auracastâ„¢ untuk sambungan dengan pembesar suara lain yang serasi.

Dari segi harga, Harman Kardon Liora kini dibuka untuk pra-tempahan sehingga 6 Disember 2026 pada harga RM5,688. Pakej ini turut merangkumi kaki penyangga lantai khas serta koleksi pewangi eksklusif bernilai RM299. Selepas tempoh pra-tempahan, Liora akan dijual pada harga RM5,399, manakala kaki penyangga dijual secara berasingan pada harga RM799.

Bagi Allure 2 pula, pra-tempahan turut dibuka sehingga 6 Disember 2026 dengan hadiah sebatang lilin aromaterapi percuma. Pembesar suara ini akan mula dijual secara rasmi pada 7 Disember 2026 pada harga RM1,099.

Kedua-dua model boleh didapati menerusi kedai rasmi Harman Kardon di Shopee dan Lazada atau layari rasmi Harman Kardon di sini.