Harry Maguire mendedahkan rahsia di sebalik gelecekan ala pemain sayap yang dia lakukan sebelum ini sebelum melakukan assist cantik.
Malah di X, trending nama Harrydinho sebagai rujukan kepada Harry Maguire berubah menjadi Ronaldinho.
Harry Maguire hit a dribble so smooth on an Athletic Bilbao player, the streets started calling him Harry Lamine Maguire.
Who gave him the right? pic.twitter.com/jgYDxC03GO— Fondre (@UTDFondre) May 2, 2025
Menjelang aksi final UEL menentang Spurs, Harry Maguire ditanya, dari mana dia mendapat kemampuan menggelecek. Dia turut dilihat melakukan gaya permainan yang sama dalam beberapa siri perlawanan selepas aksi menentang Bilbao.
Menurut Harry Maguire, skil gelecekannya itu adalah hasil rutin latihan pelik diarahkan Amorim kepadanya.

Di mana Ruben Amorim memintanya untuk melakukkan latihan menggelecek setiap hari di sesi latihan. Maguire berlatih menggelecek di bahagian sayap, berlari turun dan naik.
Maguire berkata: “Pengurus yang meminta saya melakukan gelecekan setiap hari di pusat latihan, di bahagian sayap, turun dan naik.”
Namun kemudian pemain itu menyatakan bahawa dia tidak diarahkan untuk bermain peranan menggelecek itu dalam perlawanan sebenar.
Harry Maguire lebih suka bertahan dan tidak terkejar kejar
Malah Maguire sendiri lebih selesa untuk bertahan berbanding menggelecek dalam keadaan mereka di kedudukan mengejar dalam perlawanan.
Dia hanya menggelecek ketika terpaksa melakukannya.
“Oh ya, dalam aksi final esok di Bilbao, saya lebih memilih untuk bertahan sahaja di belakang. Saya tak mahu untuk pergi ke atas menyerang dan mengejar dalam perlawanan.
“Saya lebih suka bertahan dan mempertahankan pendahuluan sebagai seorang pertahanan. Saya sentiasa mahu membantu, dan melakukan yang terbaik di atas padang.
🤣🪄 "The manager has me dribbling every day in training up and down the wing!"
Ruben Amorim and Bruno Fernandes were visibly amused as Harry Maguire was asked about his inspirational moves of late 😅#MUFC #UEL pic.twitter.com/YfV4qQnHBU
— Stretford Paddock (@StretfordPaddck) May 20, 2025
“Seperti yang saya cakap tadi, saya lebih gembira bermain di posisi kegemaran saya,” kata Maguire.
Man United dan Spurs melalui kempen liga yang sangat mengecewakan. Final UEL ini akan menjadi piala sangat penting untuk mereka mengubati luka musim ini.
Ini kerana pasukan yang menjuarai UEL musim ini akan diberikan tempat dalam aksi UCL musim hadapan.