Nama kumpulan tarian dari Malaysia, The Zeppo Youngster menjadi bualan apabila berjaya menjadi juara dalam pertandingan ‘Body Rock 2023’ yang berlangsung di San Diego, California pada akhir Jun baru-baru ini.

Difahamkan The Zeppo Youngsterz satu-satunya kumpulan tarian pertama yang mewakili Malaysia dalam pertandingan itu berprestij itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selepas kejayaan itu, baru-baru ini mereka berkongsi satu rakaman video TikTok di mana semua ahli kumpulan mengenakan pakaian segak berbaju melayu dan menari di hadapan papan tanda ‘HOLLYWOOD’ yang cukup ikonik di Los Angeles, Amerika Syarikat.

@zeppoyoungsterz

@3P – 1234舞 at HOLLYWOOD ! #ZY2SanDiego

♬ original sound – The Zeppo Youngsterz – The Zeppo Youngsterz

Rakaman itu dibuat semasa berada di luar negara untuk menyertai pertandingan yang mereka juarai.

Orang ramai memberikan dua pujian kepada anak-anak muda itu; pujian mengharumkan nama Malaysia atas kemenangan pertandingan ‘Body Rock 2023’.

Serta pujian mengenakan baju melayu semasa melakukan tarian di hadapan papan tanda kebanggaan Amerika Syarikat. Walaupun cuaca kelihatan panas di sana, namun ia tidak menghalang mereka menyarung baju kebangsaan Malaysia.

Sumber Gambar: TikTok @zeppoyoungsterz
Sumber Gambar: TikTok @zeppoyoungsterz
Sumber Gambar: TikTok @zeppoyoungsterz

Tahniah diucapkan kepada pasukan The Zeppo Youngsterz atas kemenangan mereka baru-baru ini.

Semoga kejayaan itu dapat membuka mata lebih ramai anak-anak muda untuk terus berkerja keras mengharumkan nama Malaysia dalam apa jua bidang yang diceburi sehingga peringkat persada dunia.

Dalam pada itu anda boleh baca seorang pelari profesional cipta rekod Guinness Book Of Records dengan memakai baju melayu semasa full marathon. Baca lebih lanjut di sini.