Pada hari ini untuk melakukan aktiviti pertanian agak mustahil kerana kekurangan tanah kosong yang boleh diusahakan.
Namun disebalik kekangan itu, masih ada solusi bagi membuat aktiviti pertanian yang boleh meningkatkan ekonomi tempatan.
Baca Juga:
- ‘Untuk Bagi Subsidi Lebih Adil, Kriteria Golongan T15 Sedang Diperhalusi’ – Rafizi Ramli
- ‘Kebanyakkan Majikan Gajikan Seseorang Bukan Sebab Ijazah Semata-Mata’ – Rafizi Ramli
- ‘Kerajaan Bakal Hapuskan Pengkelasan B40, M40 Dan T20 Mulai Tahun Depan’- Rafizi Ramli
Semalam, Menteri Ekonomi, Dato’ Seri Rafizi Ramli memuat naik video berkongsi hasil satu ladang cili di tengah-tengah bandar di Pelangi Damansara.
Ladang cili itu diusahakan di atas tanah terbiar pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Berkeluasan 10 ekar, ladang itu terletak 10 kilometer dari pusat jualan perabot terkemuka IKEA Damansara.
Satu lagi ladang cili dekat tengah-tengah bandar di Pelangi Damansara.
Uniknya ladang ni menggunakan tanah terbiar pencawang TNB.
Dari tanah terbiar, baik lagi usaha kan.
10 minit saja dari IKEA Mutiara Damansara.
Sekarang peserta IPR INTAN tengah tuai untuk musim pertama.… pic.twitter.com/rDRXb9JOQN
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) March 10, 2025
Difahamkan ladang tersebut mula beroperasi pada September 2024 lalu. Pada ketika ini ia merupakan musim menuai yang pertama di mana ia dijangka dapat memberikan hasil sebanyak 40 tan cili.
Jumlah itu dijangka memberikan nilai hasil jualan sebanyak RM280,000.
Seramai 20 orang peserta IPR Intan yang berlatarbelakang golongan B40 dan miskin yang duduk sekitar Damansara.
“Setiap peserta dipertanggungjawabkan untuk mengusahakan 0.5 ekar ladang cili ini dan peserta dekat sini digajikan sebanyak RM2,100 sebulan.
“Tapi itu tidak termasuk lagi bonus yang peserta akan dapat,” kata hos video berkenaan.

Menurutnya lagi, ladang itu turut menggunakan sistem fertigasi sama seperti ladang di Putrajaya.
Jadi para peserta hanya perlu membenih, menjaga pokok dan menuai. Proses penjagaan menjadi mudah kerana untuk siraman dan pembajaan menggunakan sistem fertigasi.
Selepas menuai, kesemua cili kepada pihak Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Difahamkan jualan Ehsan Rahmad dan Pasar Borong Selayang menjual cili yang petik dari ladang cili Pelangi Damansara.
Ladang cili inisiatif bersama INTAN, IPR

Projek ladang cili di Pelangi Damansara merupakan sebahagian daripada Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) di bawah Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan oleh Kementerian Ekonomi Malaysia.
Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah (B40) melalui pertanian bandar.
Pada November tahun lalu, program itu berjaya memperoleh hasil bersih tuaian pertama cili fertigasi sebanyak 550 kilogram, petik SelangorKini.
