Semenjak tampuk pemerintahan baharu, kerajaan berusaha keras dalam memastikan setiap lapisan masyarakat menerima bantuan yang sewajarnya. Jadi, kerajaan bakal menghapuskan pengkelasan B40, M40 dan T20 secara berperingkat mulai tahun depan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata semua pihak bakal melihat peralihan daripada subsidi menyeluruh manakala pengkelasan B40, M40 dan T20 dihapuskan secara berperingkat mulai 2024.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Beberapa inisiatif atau dasar dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah berbeza berbanding pendekatan pentadbiran terdahulu, termasuk perkara membabitkan bantuan atau subsidi.

“Kerajaan perlu memastikan semua infrastruktur sedia ada dan perlu melakukan ujian perintis sebelum memutuskan berapa tahap pendapatan layak diberi bantuan,” katanya.

Rafizi berkata, kerajaan cuba meminimumkan kesilapan pengecualian subsidi yang berlaku akibat pengkelasan kategori gaji serta bagaimana perkara ini perlu dijalankan secara berperingkat.

Perkara ini mampu direalisasikan dengan kerjasama pelbagai agensi menerusi perkongsian dalam Pangkalan Data Utama (PADU), sekali gus memastikan keberkesanan pelaksanaan program subsidi kerajaan

Langkah ini sekaligus selari dengan matlamat negara untuk menyepadukan bantuan sosial seiring pendapatan boleh belanja bersih isi rumah di Malaysia.