Tular sebuah video TikTok di mana seorang kanak-kanak yang dipercayai berusia di lingkungan sekolah rendah berjaya mendapat seekor ikan besar yang dipancing olehnya.

Apa yang menghiburkan adalah tempat beliau memancing itu adalah sebuah pusat beli belah yang menjadi tumpuan orang ramai, iaitu The Mines.

Video yang dimuat naik di laman Twitter itu menunjukkan seorang kanak-kanak bersama dengan tiga lagi rakannya memancing di pusat beli belah yang penuh dengan pengunjung.

Di akhir video tersebut, kelihatan beliau mengangkat seekor ikan besar sambil tersenyum gembira.

Aksi memancing adik tersebut telah dirakam oleh pengguna TikTok bernama @Mr.Fadz84 yang kini tular di kedua-dua platform media sosial.

Di laman Twitter, ramai netizen meluahkan rasa kagum mereka terhadap kehandalan adik tersebut.