Masihkah anda ingat kisah seorang lelaki Syria yang terperangkap hampir 7 bulan di KLIA2 semenjak bulan Mac yang lalu. Sebelum ini umum mengetahui bahawa Hassan dilaporkan sudah ditahan bukan hanya kerana memalukan negara bahkan berada di kawasan larangan dan tinggal lebih masa yang ditetapkan.

Melalui satu video yang dikongsikan di laman Twitter semalam memberitahu Hassan ketika video tersebut dirakam sedang transit di lapangan terbang antarabangsa Taiwan dan dijadualkan tiba di Vancouver hari ini. Hassan sempat memberitahu perjalanan selama 8 tahun ini terutamanya sepanjang tempoh dirinya terkandas di KLIA2 sebagai perjalanan yang sukar dan jauh.

Tweet tersebut nyata menerima ribuan balasan daripada rakyat Kanada yang menantikan ketibaan Hassan. Beliau juga sempat berterima kasih kepada keluarganya, keluarga baharu di Kanada dan peguamnya.

Hassan dijangka bakal memohon suaka daripada negara tersebut dan meneruskan hidup baharu di Kanada. Semoga semuanya berjalan lancar buat Hassan.