Angin bertiup kencang mengatakan pemain warisan negara, Hector Hevel Serrano sah bakal menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam menghadapi musim 2025/26.
Meskipun masih belum ada pengumuman rasmi daripada kelab gergasi tanah air itu, wartawan-wartawan sukan terkenal di Malaysia sudah berkongsikan informasi bahawa Hevel sendiri mengesahkan perkara tersebut.
Baca Juga:
- ‘Impresive’ – Penyokong Puji Penampilan Hector Hevel
- Kelayakan Piala Asia 2027: RTM Bakal Siarkan Secara Langsung Aksi Malaysia Lawan Vietnam
- Tunku Mahkota Ismail – ‘Sembang Macam Menang Piala Dunia, Mindset Masih Zaman Purba’
🚨Tonggak tengah Malaysian Abroad Hector Hevel sahkan sertai JDT musim depan. Welcome to Liga Malaysia! 🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/0kjZ4znd2o
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 6, 2025
Hector Hevel has confirmed that he will join JDT next season. #MSLTransfer2025 pic.twitter.com/jksViEjZqq
— T. Avineshwaran (@avineshW90) June 6, 2025
Hevel yang menjaringkan gol pada penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan ketika bertemu Nepal tempoh hari beraksi dengan cukup baik pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim tersebut.
Beliau mengawal jentera tengah dengan ketenangan dan turut terlibat dengan gol kedua dihasilkan oleh La’vere Corbin-Ong.

Kehadiran Hector Hevel Tingkatkan Kekuatan JDT
Berpengalaman luas beraksi di pentas bola sepak Eropah dimana kelab terakhirnya ialah Portimonense, jelas mampu menjelmakan nilai tambah buat skuad JDT yang pastinya meletakkan sasaran tinggi dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).
Tambahan pula Hevel akan beraksi sebagai slot pemain tempatan yang nyata cukup menguntungkan skuad Harimau Selatan tersebut.

Ini bermaksud JDT tidak perlu mengorbankan slot import sedia ada untuk menempatkan Hevel dalam kesebelasan utama sekali gus memberi kelebihan taktikal dan fleksibiliti lebih luas kepada barisan kejurulatihan pasukan.
Keupayaan Hevel menghubungkan permainan dari bawah ke atas, membaca pergerakan lawan, serta mencipta peluang dengan hantaran-hantaran efektif menjadikannya antara prospek paling menarik untuk kempen domestik dan serantau pada musim depan.