Baru-baru ini, orang ramai mengerumuni  Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di KLCC kerana menawarkan penukaran topi keledar baharu dengan helmet MADANI.

Malah, mereka  sanggup beratur panjang seawal pukul 8.30 pagi sambil membawa topi keledar lama selain telah rosak untuk ditukarkan secara percuma kepada helmet baharu.

Sementara di TikTok, tular sebuah video dapat dilihat gelagat pengunjung yang datang sedang teruja membuka bungkusan kotak yang dipercayai ada helmet di dalamnya.

Tetapi apa yang mencuri perhatian rupanya mereka sedang memburu helmet berwarna kelabu kerana kelihatan premium dan lebih ‘fresh’  berbanding warna lain.

@wannnsuhaimie17

Helmet MADANI 2024 🔥🔥🔥 barang dalam kotak, dpt random colour.. so apa lg kita bukak lah booth sendiri utk swap 🤣🤣🤣 #helmetmadani2024

♬ original sound – Lagend Itik – Lagend Itik

Difahamkan warna helmet yang didapatkan adalah secara rawak susulan itulah ia menjadi satu aktiviti ‘treasure hunt’ pula kerana ramai mendambakan warna tersebut.

Selain warna kelabu, terdapat warna lain seperti putih dan juga perak. Ada yang panjang akal pula, mendakwa mereka berjaya tukar suka sama suka dengan orang lain demi mendapatkan helmet kelabu.

Setiap individu yang hadir bakal menerima sebuah helmet model BKP V9 yang baharu lalu disertakan pelekat berkaitan badan kerajaan yang berganding bahu dalam program inisiatif ini.

helmet madani
Sumber Gambar: TikTok

Perkongsian lelaki itu langsung menjadi perhatian dan membuatkan netizen geli hati kerana tidak menyangka helmet MADANI pun boleh jadi rebutan seperti barang rare pula.

Dalam pada itu, ada yang berseloroh mengatakan helmet MADANI terutamanya berwarna kelabu ini bakal mempunyai peningkatan nilai lepas 10 tahun ekoran permintaan tinggi.

“Cukup 10 tahun rare ni”, seloroh seorang netizen.

Jadi, mereka pesan kepada sesiapa yang memiliki helmet MADANI ini untuk simpan sebaiknya dengan pelihara keadaan yang tiptop atau digelar NOS jika mahu jual kelak.

Bagaimanapun, ramai meluahkan rasa syukur dengan inisiatif kerajaan yang telah membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan helmet baharu yang lebih selamat digunakan.