Nampaknya semakin hangat nama Henry Golding di persama filem Hollywood. Terbaru, Henry dikhabarkan berada di fasa perbincangan awal untuk memegang watak ikonik Snake Eyes untuk filem spin-off franchise G.I Joe.

Pengarah Robert Schwentke telah dipilih untuk mengarah karya ini dan filem ini bakal ditulis Evan Spiliotopoulos, penulis yang bertanggungjawab menghasilkan karya ‘Beauty and the Beast’ dan ‘The Huntsman: Winter’s War’ sebelum ini.

‘Snake Eyes’ bakal jadi filem ketiga untuk franchise G.I. Joe selepas The Rise Of Cobra (2009) dan Retaliation (2013). Sebelum ini, aktor Ray Park adalah pelakon yang membawa watak Snake Eyes dan kini, Henry pula bakal diberi kepercayaan untuk membawa watak Snake Eyes.

Snake Eyes merupakan ninja commando yang tidak bercakap dan langsung tidak mendedahkan wajah sebenarnya kepada umum. Kemungkinan besar, filem ini bakal membawa penonton kepada asal usul Snake Eyes sebelum beliau dikenali dengan nama tersebut.

Sebelum ini, Henry Golding disebut bakal menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU) sebagai Namor di mana beliau akan menjadi ‘villain’ dalam Black Panther 2. Namun, berita berkenaan masih tidak disahkan oleh mana-mana pihak dan sementara kita menantikan perkara berkenaan jadi kenyataan, kita tonton dahulu G.I. Joe terbaru ini.

Sumber