Setelah dinantikan ramai serta diumumkan sedikit lewat pada tahun ini, Lembaga Tabung Haji pada hari ini telah mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat pada kadar 3.05 peratus buat semua pendeposit Tabung Haji.

Agihan yang diumumkan pada tahun ini sebanyak RM2.1 bilion sekaligus berjaya menunjukkan peningkatan sebanyak RM1.2 bilion berbanding tahun kewangan 2018 yang cuma mencatatkan jumlah agihan RM900 juta.

89655090_10156818521940952_4140192664815403008_o

Menurut Lembaga Tabung Haji, agihan keuntungan yang sedikit tinggi pada tahun ini didorong oleh prestasi dan kedudukan kewangan yang seamkin baik berasaskan strategi pelaburan yang baik serta langkah pengurusan kos yang cermat.

Difahamkan TH berjaya menjana pendapatan sebanyak RM3.3 bilion pada tahun kewangan 2019 dimana RM1.2 bilion daripadanya berjaya diperoleh pada suku keempat tahun ini.

12d9
Sumber: My Two Cents

Untuk pengetahuan, hibah Tabung Haji yang diumumkan bagi tahun 2019 merupakan tahun kedua terendah dalam sejarah walau bagaimanapun masih jauh lebih baik berbanding agihan tahun kewangan 2018 yang mencatatkan hibah 1.25%.

Para pendeposit berpeluang menyemah agihan keuntungan bermula 16 Mac 2020 ini sama ada menerusi kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat atau di ATM Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB. Semakan juga boleh dibuat melalui laman web THiJARI.

Kami kongsikan juga pandanga perunding kewangan mengenai hibah Tabung Haji yang agak rendah sejak dua tahun terakhir ini.

Ini Pandangan Hibah 1.25% Tabung Haji Dari Mata Perunding Kewangan

Simpanan Pendeposit Tabung Haji Dijamin Selamat

5 Cara Kompleks Tabung Haji KLIA Bakal Memudahkan Para Jemaah