Hidayah telah mengejutkan ramai apabila mendedahkan masih ada lagi kes yang tak selesai dengan keluarga arwah suaminya.

Sebelum ini Ali Puteh memuat naik video tentang bukti resit pembayaran wang tuntutan mahkamah oleh bekas kakak iparnya Nor Hidayah.

Di mana ketika itu Ali turut menjual beberapa barangan kesayangannya termasuk kereta dan trofi yang dimenanginya.

Ali mendedahkan ada 27 resit berbeza yang merupakan bukti pembayaran wang kepada Norhidayah sebanyak RM72,490.

@aliputeh89

Alhamdulillah…selesai sudah hari ni…melangsaikan hutang balu arwah abg saya…Siti Nurhidayah Binti Mohd Ali… sy harap tiada lagi isu berbangkit berkenaan hutang ini lagi…sy mengambil ini sebagai pengajaran buat sy dan kita semua…sy mewakili seluruh ahli keluarga allahyarham Abam Bocey memohon ampun dan maaf buat semua … yg baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan…Akhir kata, sy memohon maaf dan memaafkan semua yg pernah berkata-kata pd sy dan keluarga … . . Datang rumah diwaktu petang, Datang untuk membayar hutang, Selesai sudah hutang piutang, InshaAllah,rezeki PASTI datang … . . Ikhlas, ALI PUTEH 02/03/24 #aliputeh #fyp #santaidiposisi

♬ original sound – aliputeh – aliputeh

Ali Puteh pada masa itu menyatakan bahawa dia lega kerana segalanya sudah selesai.

Namun Hidayah telah membuat kejutan lagi apabila memuat naik satu status di media sosial dengan nada mengeluh menyatakan bahawa ada lagi isu yang masih belum selesai.

Dalam muat naik di media sosialnya, Norhidayah memuat naik surat mahkamah yang ada tertera namanya sebagai defendan manakala kakak iparnya, Sharifah Norwahidah sebagai plaintif.

Selain Norhidayah, nama Syed Mohd Ridzuan, Syed Ali Mubarak, Mohd Abdul Wahab dan Syed Uthman Hamzah juga disenaraikan sebagai defendan.

Oleh itu Hidaya menyatakan bahawa masih ada lagi kes yang tak selesai.

Dia meletakkan kapsyen: “Hurm, ada lagi, semoga aku kuat. Apa apa pun semoga dipermudahkan segala urusan saya dan anak saya dan baik baik saja.”

Hidayah turut menegaskan bahawa isu harta pusaka yang sebelum ini sudah dikira selesai. Namun ini adalah kes lain dan dia akan mendedahkan perkara tersebut dalam masa terdekat.

Sambil Hidayah meminta netizen mendoakan agar dia dan Hamzah baik baik sahaja.

Ramai tertanya tanya tentang isu apa pula kali ini? Kerana isu harta pusaka sebelum ini sudah selesai. Seterusnya Ali Puteh sebelum ini sudah membayar tuntutan oleh Norhidayah secara perundangan.

Ali Puteh kemudian bersiaran langsung di Tiktok dipercayai sebagai respon kepada perkara itu gara gara namanya mulai dipetik netizen.

Menurut Ali Puteh, Hidayah sebenarnya masih menuntuk bahagian tanah yang merupakan tempat tinggal kakaknya untuk difaraidkan. Ini kerana geran tanah tersebut di bawah nama arwah suaminya, Allahyarham Abam Bocey.

Sebelum ini urusan penukaran nama menjadi sulit. Namun Ali Puteh mempersoalkan di mana budi bicara Hidayah yang sanggup menuntut tempat tinggal kakaknya untuk difaraidkan.

Ali Puteh turut mendedahkan bahawa Hidayah tidak hadirkan diri sepanjang prosedur urusan mahkamah untuk kes tersebut. Hal ini kerana Hidaya pergi bercuti di Pulau Pinang.