Pada hari ini aktiviti sukan lasak drifting semakin diterima ramai daripada pelbagai lapisan umur. Ini kerana pemandu dan jentera bersatu untuk menghasilkan aksi drift unik dan berseni yang menarik perhatian.

Baru-baru ini VOCKET berpeluang untuk ke acara ‘Drift Kings Asia x NDS Cup Malaysia’ di Bandar Malaysia.

Seramai 34 drifter dari Malaysia, Korea Selatan, Indonesia dan Jepun mengambil bahagian, mempamerkan kehebatan masing-masing.

Kami sempat berjumpa dengan pemilik AI Garage iaitu Alief Irfan. Beliau juga ditemani oleh drifter antarabangsa dari Korea, Si Hyun yang juga merupakan TikToker terkenal yang cukup dikenali oleh peminat drift di Malaysia.

Pada masa sama, kami berkesempatan bertemu seorang ‘drift queen‘ dari Jepun,  dan salah seorang wakil drifter dari Malaysia, Along Fazreen.

Anda boleh tonton highlight penuh menerusi video di atas.