Tidak dapat dinafikan, ketika ini ramai yang kehilangan punca rezeki berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan wabak COVID-19. Terbaharu, seorang bekas ketua pramugari yang diberhentikan kerja pada bulan Mac yang lalu oleh syarikat penerbangan tempatan tidak berputus asa untuk mencari rezeki.
Nur Shareen Mohd. Zaini yang juga merupakan seorang ibu tunggal terpaksa meninggalkan pekerjaan yang diminatinya dan mengambil keputusan untuk mulakan perniagaan nasi kukus di Senawang, Negeri Sembilan.
Nasi kukus ayam berempah yang dijualnya lebih dikenali dengan Nasi Kukus Pramugari itu mendapat sambutan yang memberansangkan daripada penduduk setempat.
Menurutnya, pampasan yang diterima olehnya daripada pihak syarikat tidak setimpal dan disebabkan itu beliau memulakan perniagaan. Bermodalkan RM200 untuk mulakan perniagaan, 50 bungkus nasi kukus berjaya terjual pada hari pertama.
Tambahnya lagi, jika diberi peluang untuk kembali ke awan biru pasti beliau akan memanfaatkan peluang tersebut. Minat yang mendalam terhadap kerjaya sebagai pramugari tidak pernah luntur walaupun kini beliau berniaga.
Difahamkan, Shareen mula menjadi pramugari dengan berkhidmat di Malaysia Airlines pada tahun 1997 hingga 2015, lalu menyertai Malindo Air pada 2016 sehingga diberhentikan pada Mac lalu.
Lantaran itu, ramai yang memberikan sokongan kepada Shareen untuk perniagaannya dan memuji makanan dijual. Para netizen juga ada yang terliur hanya dengan melihat gambar nasi kukus yang dijualnya.
https://twitter.com/ryefortoday/status/1326813385011257344
Jual nasi kukus pun tetap cantik tauuu🤭. Semoga dimurahkan rezeki ☺️ https://t.co/MzjRrjXRlL
— ADI 🇲🇾 (@fatinadilah94) November 13, 2020
https://twitter.com/sityfakmar/status/1327029709775851520
Icc i dulu.. baik sngat orgnya. Semoga maju jaya💪💪 https://t.co/lKbV6QUuH1
— NShazwinRedzuan (@awienRZ) November 12, 2020
Adakah anda pernah mencuba nasi kukus bekas pramugari ini? Semoga perniagaan beliau bertambah maju.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik di The Vocket pada pautan di bawah ini.
11 Tahun Keliling Dunia, Kisah Juruterbang Yang Kini Jadi ‘Pilot’ Van Jenazah Curi Perhatian Netizen
Lengkap Berpakaian Seragam, Juruterbang Ini Buka Gerai Di Subang Demi Mahu Cari Rezeki