Port Dickson terkenal dengan pantainya yang menjadi pusat peranginan bagi seisi keluarga beristirehat, melakukan aktiviti bersama dan yang paling seronok sekali ialah banyak pilihan makanan ada di sini.

Kali ini kami ke satu restoran yang membawa konsep yang sangat unik berbanding dengan tempat makan lain di sepanjang pantai di Port Dickson.

Kami bawa anda ke Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place.

BACA: The Farm Satay & Grill Alam Damai, Cheras Tempat Wajib Pergi Penggemar Makanan Western

7

Mudah untuk ke restoran ini. Sekiranya anda dari pekan Port Dickson, teruskan perjalanan ke arah Teluk Kemang melalui laluan tepi pantai dan restoran ini ada di selekoh tepi jalan.

8

Konsep yang di bawa sangat unik. Hiasan dalamannya semua mengenai cowboy. Topi, pistol, baju, seluar dan sebagainya dihias menjadikan suasanya sangat menarik.

Terdapat juga pentas Live Band dan persembahan pada waktu malam. Anda juga boleh menggunakan prop yang disediakan untuk mengambil gambar kenangan.

6

1

11

3

Menu istimewa di sini ialah nasi kukus dan ayam panggang. Hidangan ini disediakan bersama sup kosong, ulam timun dan sos kicap. Terdapat juga bebola daging yang dijual sekiranya anda mahu.

Nak buat tempahan makanan lain? Memang tiada hidangan lain disediakan di restoran ini, cuma nasi kukus dan ayam panggang sahaja menjadi menu utama.

10

5

Untuk menu minuman pula, mereka hanya menyediakan 3 jenis minuman iaitu air kosong, epal dan tembikai. Tiada air teh, kopi, milo dan seangkatan dengannya ya.

Kesemua hidangan ini juga dihidangkan dalam bekas polisterin. Mudah dan simple sahaja teknik penyediaan restoran ini. Mungkin kerana ingin mempercepatkan proses penyediaan makanan, jadi mereka memilih langkah mengguna pakai bekas polisterin.

BACA: Resipi Homemade Meatball Dari Sweden. Pasti Terangkat!

Kami membuat tempahan 2 nasi kukus dan separuh ayam panggang. Air pula kami tempah satu epal dan satu tembikai tanpa ais. Servis mereka memang pantas mungkin kerana tidak perlukan menu yang banyak untuk disediakan.

12

2

9

Bagi kami, ayam panggang di sini memang tip top. Memang cukup rasa rempahnya. Ditambah pula dengan sos yang dicampur dengan kicap, rasanya bertambah sedap kerana sos itu memang pekat tapi sedikit pedas.

Untuk anda yang teringin untuk menikmati kelainan suasana sewaktu menikmati makanan, bolehlah singgah ke restoran ini sekiranya berada di Port Dickson. Ia pasti membawa pengalaman baru kepada anda.

Nama gerai : Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place
Lokasi : Lot 1360, Jalan Pantai, Batu 6, Port Dickson 71000, Negeri Sembilan (waze)

BACA: Vocket Makan… Lamb Chop & Mix Grill Bukit Cheras

BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram