Port Dickson merupakan antara lokasi pelancongan terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebelum ini, isu khemah di sepanjang pantai Teluk Kemang telah membuatkan pengunjung berasa semak.
Terbaharu, seorang pengguna Facebook telah mendakwa dirinya dikenakan caj sebanyak RM5 apabila letak tikar dan duduk di kawasan kaki lima dalam satu perkongsian yang telah dikongsikan kembali pengguna media sosial lain.
Baca Juga:
- 4 Sebab Utama Anda Tidak Akan Menyesal Menginap Di Lexis Hibiscus Port Diskson
- Dulu Percuma Kini Berbayar, Tempat Duduk Lihat ‘Sunset’ Di Sabah Ini Dikenakan Bayaran RM10
- Digelar Destinasi ‘Muslim Friendly’, Ini 7 Restoran Halal Terbaik Di Taiwan Yang Anda Wajib Cuba
Sekarang ni g port dickson semua eh bayar. smart btol kau duduk dekat kaki 5 ni letak tika pun kena bayar rm5. Bukan nya duduk dkt tapak khemah tu pun, punya lah sial baik kau koba air laut tu pun kau baya sewa, Majlis Perbandaran Port Dickson tolong pantau sikit, pic.twitter.com/WiDWBtaZxB
— Travel Jimat (@TravelJimat) March 12, 2023
“Sekarang ni pergi Port Dickson semua kena bayar eh? Smart betul! Bukannya (kami) duduk dekat tapak perkhemahan itu pun.” luahan pengguna Facebook tersebut.
Luahan perasaan pengguna Facebook itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mendesak pihak berkuasa untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap isu ini yang dilihat mengambil kesempatan kepada pengunjung.
And you wonder why people dont want to travel domestically. https://t.co/Nq3APJmHD7
— 𝕶𝖊𝖓𝖔𝖇𝖎 アズハル (@dotstewie) March 13, 2023
Ini salah satu sebab kenapa Malaysian taknak travel kat negara sendiri. Public & tourist area pun dikenakan charge.
Oleh siapa?
Oleh orang yang ambil kesempatan untuk untung tepi. Mana pihak berkuasa ?
Tak dibayar, maunya diapa-apakan harta benda pelancong. https://t.co/b4lBZrkyWw
— FA (@TheRealFA17) March 13, 2023
actually experienced the same thing in 2017. letak tikar kat sebelah tempat parking. setup bbq set. pastu datang dua tiga orang mintak duit cakap kena bayar. abuthhhhhhhhhh https://t.co/FkmBPley4U
— 🦆 (@whollyduck) March 13, 2023
Malah, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa marah mereka kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup mengenakan caj seperti ini. Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan mereka pernah berdepan dengan situasi yang sama ketika berkunjung ke sana dan tidak boleh membentangkan tikar sendiri serta perlu menyewa di sana.