Pemandangan di pantai ketika matahari terbenam sememangnya sesuatu yang indah untuk dinikmati.
Namun, apabila nenjelang waktu lewat petang, maka ramai mula mendakwa mahluk ghaib akan lebih ‘aktif’ pada waktu tersebut lebih-lebih lagi di kawasan pantai.
Baca Juga:
- Sebelum Melompat, Hantu Pocong Sebenarnya Boleh Berjalan
- Tidak Hirau ‘Review Mistik’ Pelanggan Lain, Sebuah Keluarga Diganggu Hantu Di Airbnb London
- Kelibat Wanita Misteri Disangka ‘Hantu’ Berjaya Dirakam Kamera, Cetus Tanda Tanya Netizen
Menerusi satu video yang dikongsikan oleh pengguna @4mirulhere, beliau memperlihatkan satu rakaman yang dibuat menggunakan lensa zoom secara dekat itu terakam pergerakan entiti misteri.
Mahluk itu kelihatan seperti berenang dan melompat jauh dari permukaan laut dan masuk semula ke dalam air dengan cepat seperti ikan lumba-lumba.
@4mirulhere location : port dickson n9 #aneh #makhlukpelik #laut
Ternyata rakaman yang berdurasi 55 saat itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila mengaitkannya dengan mahluk ghaib.
Rata-rata netizen mendakwa apa yang dilihat oleh pemuda itu adalah sejenis mahluk ghaib yang dinamakan sulur bidar yang mana sering dilihat di kawasan perairan seperti sungai dan tasik.
Difahamkan ia juga dikenali sebagai ‘hantu bidai’ dalam kalangan kaki pancing dan mereka yang tinggal berdekatan kawasan perairan.
Hantu bidai ini dikatakan berkeliaran di kawasan berair dan menyerupai tikar yang menggulung dan melemaskan mangsa.
Dalam masa sama, sebahagian daripadanya menafikan tanggapan yang dikaitkan dengan mahluk halus, sebaliknya ia merupakan aktiviti menarik pukat yang dilakukan oleh masyarakat nelayan.
“Nampak tu macam pakai tali tarik turun naik”, kata seorang pengguna.
“Betul la tu. Ada satu tali panjang ditarik dan lepas. Pelampung tu sangkut pukat yang carik. Tarik lepas, tarik lepas.
“Memang ada kapal, tengok masa dia zoom out, sebelah kiri tu ada kapal besar tu. Pukat bukan pendek, jauh tu kapal besar,” komen beberapa netizen.
Bagaimanapun, tidak dipastikan mengenai apakah objek yang bergerak di perairan dalam rakaman, menjadikan perdebatannya kekal misteri.
Dalam tempoh kurang 24 jam, video berkenaan meraih lebih 5 juta tontonan di TikTok. Jadi, pada pandangan anda, adakah objek misteri ini berkait dengan mahluk ghaib ataupun pukat besar seperti yang diperkatakan oleh sesetengah individu?