Sebuah pikap Hilux gagal memotong telah menyebabkan sekeluarga hampir maut. Salah seorang daripada anak pemandu SUV parah kerana bertembung dengan pikap tersebut.
Video kemalangan tersebut viral di media sosial. Dan ramai mengecam tindakan pemandu Hilux tersebut.

Daripada sumber dashcam pemandu lori yang dipotongnya, Hilux tersebut cuba memotong 2 lori minyak sekaligus. Namun Hilux gagal memotong lori minyak yang kedua dan mulai panik melihat ada kenderaan lain dari arah bertentangan.

Kejadian tersebut berlaku di Jalan Tibau-Maliau Basin, Kalabakan, kelmarin. Di mana sebuah kereta SUV yang dinaiki oleh sebuah keluarga berdepan detik cemas.
Kenderaan SUV tersebut kemalangan pada pukul 4.02 petang. Laporan Buletin TV3 menyatakan bahawa SUV itu dipandu lelaki berusia 47 tahun. Di mana di dalam kereta tersebut turut ada isteri pemandu dan 4 lagi anak mereka.
Manakala pikap model Toyata Hilux gagal memotong itu dipandu oleh lelaki berusia 31 tahun.
Hilux gagal memotong akibatkan ada cedera parah
Laporan yang sama menyebut, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin menegaskan bahawa siasatan awal mendapai Hilux dipandu laju itu cuba memotong sebuah lori tangki minyak.
Namun dia gagal melakukannya. Akibat jarak terlalu dekat, maka kedua dua kenderaan bertembung.
Polis siasat pemandu cuai
Jasmin Hussin berkata: “Akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Aruz cedera dan menerima lima jahitan di bahagian lutut manakala isterinya 41 tahun dan seorang anak perempuan mereka yang berumur tujuh tahun mengalami kecederaan parah.
“Tiga lagi anak mangsa yang berumur lapan hingga 12 tahun turut mengalami kecederaan ringan manakala pemandu Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan.”
Siasatan akan diteruskan di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987 iaitu kesalahan memandu tanpa kecermatan dan tidak bertimbang rasa, tegas polis lagi.