Jika anda KLIA selepas ini, ada lokasi baharu untuk anda shopping sebelum terbang ke luar negara. Bermula 6-30 September ini, Malaysia Airports (MAHB) bersama Malaysia Design Development Centre (DDEC) melancarkan HIMPUN, satu inisiatif untuk mengetengahkan jenama tempatan terbaik daripada segi fesyen, kraftangan, makanan dan juga produk kecantikan kepada dunia.
Sebagai simbolik menyambut Hari Malaysia pada 16 September depan, tema ‘Proudly Made by Malaysians’ telah dipilih. Kempen ini dijalankan supaya pelancong dari dalam dan luar negara menyedari banyak produk tempatan yang berkualiti antarabangsa.


Kempen ini juga sedikit sebanyak dapat mendedahkan budaya yang ada di Malaysia kepada pelancong luar negara. “Memberi satu pengalaman hebat kepada pelancong adalah apa yang kita mahukan di Malaysia Airports. Dengan jutaan pelancong melalui KLIA setiap bulan, kempen seperti HIMPUN ini dapat menambah pengalaman menarik kepada mereka disamping mereka dapat merasai budaya dan produk yang hebat dari Malaysia,” terang GM bahagian Commercial Services, Nazli Aziz.
Antara produk tempatan yang dipamerkan di HIMPUN ketika ini adalah Asian Potions, Eartheir, Frankitas, Fernthenewbatik, MySmink, ANNAY.H, Wan & Mary, Fairuz Ramdan, Gahara Galore, Emmadesign KL, Naturelkiss, A&M Treasure, Binqareem, Neonate Company, Old Malaya Magic Spice, Biotropic, Farah Batik Fashion, dan Fugeelah.
Jadi sekiranya ada rakan anda dari luar negara akan datang ke Malaysia, ajak mereka singgah di HIMPUN nanti.