Bagi anda yang teringin melihat kapal terbang berlepas dan mendarat, ini berita baik buat anda kerana Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) akan membina Anjung Spotter di KLIA. Pastinya dengan pembinaan anjung tinjau itu akan menjadikan KLIA antara destinasi pilihan untuk dilawati.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAHB Raja Azmi Raja Nazuddin, berkata pembinaan anjung dinamakan Anjung Spotter itu dijadualkan bermula bulan ini dan dijangka siap bulan depan.
Good news for all airplane enthusiasts! We are excited to announce our 1st outdoor planespotter observation deck at the KL International Airport this coming April. pic.twitter.com/N19D6BcQaZ
— Malaysia Airports (@MY_Airports) March 9, 2019
Malah, Anjung Spotter ini akan menjadi tarikan kepada Planespotter dan penggemar penerbangan kerana kini mereka akan mempunyai spot terbaik untuk menyaksikan pesawat tiba di Runway 32L.
Selain itu, bagi mereka yang memiliki minat yang sama, pastinya mereka akan berkumpul bersama-sama menghayati pemandangan dan bertukar-tukar pandangan serta mengambil gambar.