Sebelum ini seorang influencer telah merungut tentang kadar bayaran parkir di zon Parkir Jangka Panjang (LTCP) yang disediakan oleh Malaysia Aiports Holding Berhad (MAHB).

Menurut influencer tersebut, dia dan seorang lagi individu lain terpaksa membayar jumlah yang sangat tinggi parkir di kawasan LTCP walaupun MAHB menawarkan promosi pada hari mereka parkir pada 4 Mac.

Dalam video yang tular sebelum ini, influencer tersebut menasihati agar: “Jangan parkir di LTCP, kerana saya sudah terkena, parkir 12 hari, terpaksa membayar hampir RM400.”

Isu Bayar Parkir LTCP KLIA RM381: MAHB Beri Penjelasan, Namun Influencer Tampil Dengan Bukti Baharu

MAHB: ‘Promosi sudah berakhir’

Malaysia Aiports Holding Berhad (MAHB) membalas rungutan itu dengan menyatakan bahawa promosi yang ditawarkan tersebut sudah berakhir pada 24 Februari.

“Hai Pudds, terima kasih kerana membangkitkan perkara ini. Kami memahami rasa kecewa yang dialami dan ingin memohon maaf dengan setulus hati atas kekeliruan yang berlaku berkaitan kadar parkir Jangka Panjang (LTCP).

“Kadar lebih rendah yang dirujuk dalam kandungan terdahulu adalah sebahagian daripada kempen promosi yang telah berakhir pada 24 Februari 2026.

Isu Bayar Parkir LTCP KLIA RM381: MAHB Beri Penjelasan, Namun Influencer Tampil Dengan Bukti Baharu

“Kadar parkir standard semasa kekal sama seperti kadar sebelum promosi diperkenalkan. Kami mengakui terdapat keperluan untuk menambah baik komunikasi berkaitan harga parkir kami dan menghargai maklum balas yang telah dikongsikan.

“Kami juga ingin memaklumkan bahawa para pengembara kini mempunyai pilihan untuk membuat tempahan awal parkir secara dalam talian, sama ada bagi parkir jangka pendek mahupun jangka panjang, sebelum memulakan perjalanan.

“Kadar parkir yang ditempah lebih awal adalah lebih rendah berbanding kadar standard yang diterbitkan secara terus, dengan tempahan awal dan tempoh parkir yang lebih lama menawarkan nilai yang lebih baik kepada para penumpang.

“Sebagai rujukan, kadar parkir semasa juga boleh didapati di laman web Malaysia Airports.”

Influencer tampil dengan bukti terbaru

Namun influencer tersebut tampil memberikan tangkap layar kenyataan di Facebook rasmi daripada Shops Malaysia Aiports bertarikh 4 Mac. Dan mempersoalkan: “Jadi ini apa? Saya tidak tahu pula kalau Mac itu tiba lebih awal daripada Februari?”

Isu Bayar Parkir LTCP KLIA RM381: MAHB Beri Penjelasan, Namun Influencer Tampil Dengan Bukti Baharu

Influencer tersebut turut mempersoalkan kenapa hantaran 4 Mac itu sudah dipadamkan daripada Facebook?

“Saya cuba cari balik hantaran pada 4 Mac ini, dan mereka sudah padamkannya. Ada hantaran pada 3 Mac dan 7 Mac. Mana hantaran 4 Mac? Saya secara spesifiknya bernasib baik sebab ketika saya sedang marah pada hari itu saya sempat merakam skrin.

“Dan ini adalah time stamp rakaman skrin saya:

Isu Bayar Parkir LTCP KLIA RM381: MAHB Beri Penjelasan, Namun Influencer Tampil Dengan Bukti Baharu

“Persoalannya, kenapa kamu padamkannya jika kamu tidak menyembunyikan apa apa?” soalnya lagi.

Adakah pihak MAHB cuba mengelak tanggungjawab selepas apa yang berlaku akibat daripada promosi yang dianggap mengelirukan.

“Kamu tidak boleh ambil kesempatan ke atas orang lain seperti ini. Tidakkah kamu rasa bersalah ke atas pak cik dan mak cik, yang percaya bahawa parkir murah kerana pemasaran kamu.

“Mereka terkena, kerana mereka bukannya pandai dalam teknologi seperti kami generasi muda yang pergi ke laman web kamu yang cantik untuk memeriksa kadar harga parkir semasa.

“Kamu tahu, orang biasanya pergi cari di Google dan percaya pada jawapan pertama keluar di Google, seperti mak cik yang saya jumpa hari itu.

@deadpudds

@malaysiaairports caught you deleting your post :) what do you plan to say now? To create that post on march 4th: – you hired someone to make the content – you promote and boost the post – got about 7k likes and 2k+ shares and deleted it… You were willing to lose that much of money invested into the promotion because you knew you messed up and you don’t want to take accountability for it 😊

♬ original sound – ✦ pudds ✦ – ✦ pudds ✦

“Mungkin ada kamu cakap, ini semua kerana kesilapan AI. Sebenarnya, jika kamu mengemaskini harga semasa ke semasa, sekurang kurangnya AI boleh mengemaskini data. Masalahnya sekarang, AI pun tak tahu.”

Seterusnya, influencer tersebut merasakan bahawa sebagai sebuah GLC yang besar, MAHB seharusnya mengendalikan masalah dan rungutan pengguna dengan lebih baik. Misalnya, meminta maaf di atas kesilapan mereka.

“Namun dengan memadamkan hantaran asal serta maklum balas yang setengah masak, itu mersesahkan kami dan rakyat,” tambahnya.

“Dan sudah tentu, lepas tular baru ada kemaskini harga dibuat.

Isu Bayar Parkir LTCP KLIA RM381: MAHB Beri Penjelasan, Namun Influencer Tampil Dengan Bukti Baharu

“Namun sila tengok di sini, ada 10% caj tambahan pada hujung minggu dan cuti umum. Sedar tak anda semua ini mensasarkan kita, golongan pekerja yang bekerja keras sepanjang tahun, kemudian kita mahu bercuti bersama keluarga pada hujung minggu, sekarang dikenakan cukai yang nak gila?

“Maafkan saya sebab video agak panjang. Namun saya jangkakan 3 hasil daripada rungutan ini.

“Pengakhiran yang menggembirakan, aduan kepada KPDN dan saya mendapat ‘refund’.

“Pengakhiran yang terbaik, semua orang yang parkir antara 1 Mac sehingga tarikh sekian, dapat ‘refund’ daripada KPDN atau MAHB secara sukarela memulangkan wang kami, ini bagus. Mereka layak diberikan tabik hormat.

“Dan pengakhiran yang teruk, tiada seorang dapat refund dan semua usaha saya tidak dipedulikan.

“Namun apa sahaja pengakhirannya, saya berbesar hati sebab dapat memberikan kesedaran yang cukup tentang kenaikan harga parkir yang tidak masuk akal ini dan menghalang orang lain daripada parkir di LTCP yang ‘hebat’ ini yang mengenakan caj mengikut kadar jam, dan sesuka hati menukar kadar harga.

“Ini kerana, duit yang anda ada itu, kamu sudah bekerja keras untuk mendapatkannya, malah lebih sukar untuk kamu simpan.

“Dan kita menuntut agar mereka bertanggungjawab atau syarikat yang tidak bertanggungjawab yang lain akan terikut perangai mereka, bersikap licik tentang harga. Dan akhirnya, kita sebagai rakyat yang menderita.”