Baru-baru ini tular satu klip video seorang peniaga wanita kelahiran Kemboja dengan sombong menghina orang melayu di negara ini yang didakwanya malas. Perkara itu menyebabkan ramai warganet tidak berpuas hati, termasuklah Persatuan Melayu Champa Johor Bahru sendiri.

Komuniti berkenaan langsung tidak bersetuju dengan kenyataan wanita itu yang menjalankan perniagaan di daerah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Seorang peniaga di Kota Tinggi, Mohamad Nasir Razali mewakili komuniti Melayu Champa, Kemboja di daerah ini berkata, kenyataan dibuat wanita berkenaan dilihat bersifat rasis, petik Harian Metro.

“Kami ingin menegaskan apa yang dikatakan oleh wanita itu sangat rasis dan mengganggu keharmonian bangsa di Malaysia.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa kenyataan wanita itu bukan mewakili komuniti Melayu Champa, Kemboja di sini dan seluruh Malaysia,” katanya.

Mohamad Nasir bersama kira-kira 20 komuniti itu membuat laporan polis berhubung kenyataan dibuat wanita berkenaan di Balai Polis Ulu Tiram di sini, semalam.

Sementara itu, seorang lagi peniaga yang juga wakil Persatuan Melayu Champa Ulu Tiram, Zulkifli Zakaria berkata, komuniti itu menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas individu berkenaan.

“Kami tidak boleh terima kenyataan dibuat wanita itu. Kami bimbang kata-katanya itu boleh menyebabkan keharmonian komuniti kami di negara ini terjejas dan memburukkan imej kami sekali gus mengancam ketenteraman bangsa kami di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan bahawa peniaga wanita terbabit telah pun membuat permohonan maaf diatas ketelanjurannya menerusi satu klip video yang lain. Bagaimanapun sebahagian netizen sangsi dan mempersoal keikhlasan permohonan maaf yang dibuat itu.