Jenama sukan yang sedang meningkat naik, HOKA memperkenalkan FLYLAB yang berlangsung di Esplanade, KLCC Park bermula 20 hingga 26 Mei ini sebagai satu simbol revolusi dunia prestasi aktif dan teknologi.
FLYLAB ialah pusat inovasi dinamik yang bukan sekadar acara, ia sebaliknya sambutan inovasi penuh mendebarkan bagi meneroka dunia luar sempadan dengan mempamerkan produk termaju yang memacukan lagi kehebatan Malaysia.
FLYLAB menjanjikan jelajah yang hebat dengan dorongan semangat mengejar kejayaan tanpa henti. Ia juga menjanjikan pengalaman penuh mengasyikkan yang menyemarakkan lagi deria anda, menyatukan komuniti dan menyalakan api keseronokkan dengan inovasi yang tidak pernah wujud sebelum ini.
“Kami teruja membawa FLYLAB di Kuala Lumpur dengan menyajikan pengalaman yang tiada tandingan sejajar dengan initipati asli HOKA,” kata Ketua Pengawai Eksekutif Edisi REV, Encik Pornsak Chinawongwatana.
“Menerusi pengaktifan inovatif dan pembabitan mendalam, kami berhasrat untuk menyemarakkan kegembiraan serta inspirasi dalam komuniti kami sambil menggalakkan gaya hidup aktif dengan lebih yakin,” katanya lagi.
Pengunjung boleh merasai pengembaraan yang penuh mendebarkan tujuh hari tanpa henti di FLYLAB. Ia bermula dengan larian petang bersama Kelab Larian HOKA (HRC) disusuli dengan acara pengaktifan selama tiga hari oleh Institut Sukan Negara (ISN), maka pengunjung mampu menikmati pelbagai aktiviti menggembirakan yang direka hebat penuh inspirasi.
FLYLAB juga akan menampilkan koleksi terbaru HOKA, Skyward X. Ia direka khusus untuk jadual harian yang lebih mudah dan singkat. Skyward X juga melambangkan komitmen HOKA dalam menggabungkan reka bentuk maksima dengan teknologi revolusi suspensi.