Baru-baru ini saya berkesempatan ke Dengkil serta mencuba menginap di D’Muslim homestay ini. Gambar pun sebenarnya saya ambil dari Facebook homestay tersebut kerana tidak sempat mengambil gambar. Almaklumlah, sampai-sampai sahaja semua pakat mahu cop-cop bilik, tetapi jangan risau kerana semua sama sahaja keadaannya.
Homestay ini mempunyai 6 bilik beserta penghawa dingin. Di homestay ini terdapat bilik dengan katil single dan ada bilik yang ada katil queen dimana bilik agak selesa pada pendapat kami. Malah, dalam bilik itu disediakan lagi selimut dan bantal lebih. Bagi anda yang memiliki keluarga yang besar mungkin sampai 10 buah keluarga yang tidak mempunyai bilik boleh tidur ramai-ramai di ruang tamu.

Terdapat empat bilik air di homestay ini. Dalam erti kata lain, anda tidak perlu lagi menunggu giliran sekiranya ingin menggunakan bilik air. Berdekatan kolam renang juga terdapat bilik air. Homestay ini juga dilengkapi dengan dapur yang luas dan dilengkapi peralatan memasak yang cukup. Air Coway pun ada jadi anda tidak perlu susah-susah jerang air minuman.
Terdapat empat ruang tamu dimana ruang tamu di bahagian depan dilengkapi TV dan astro serta ada kerusi yang empuk manakala ruang tamu yang lain terletak di berdekatan dapur dan siap sekali ruang makan dilengkapi meja untuk menghidang makanan yang agak besar. Kemudian, sebuah lagi pula bersebelahan ruang tamu utama dan ruang tamu terakhir adalah berdekatan dengan kolam renang.
Paling menarik homestay ini kerana terdapat kolam renang peribadi yang menyediakan ruang mandi untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Malah, siap ada gelongsor, jika anda hanya mahu bersantai-santai dan melepak, ada kerusi khas disediakan di tepi kolam renang beserta penyidai kain-kain yang basah untuk mengeringkan pakaian.
Buat yang anda sedang merancang untuk menjalankan aktiviti BBQ, inilah tempatnya. Homestay ini menyediakan tempat untuk anda berBBQ dengan peralatannya serta disediakan kerusi meja untuk keluarga-keluarga anda semua menikmati hidangan BBQ dengan selesa di luar rumah.
Tempat meletak kenderaan juga besar yang boleh memuatkan untuk lima hingga enam kereta sekaligus. Apa tunggu lagi, rancanglah percutian hari keluarga anda di sini pula. Pasti anda pun puas hati.
Homestay ini terletak di dua lokasi iaitu D’ Muslim homestay terletak di Kg Bukit Changgang dan Dengkil. Bagi anda yang ingin menginap disini, anda boleh ke Facebook D’Muslim homestay dan D’Muslim Diamond. Harga adalah berbeza untuk kedua-dua homestay ini.
#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.