Sejak mula diumumkan Honda City generasi keenam pada 2014, model ini berjaya menjadi model kereta import pilihan orang ramai sehingga kini. Menawarkan rekabentuk yang menarik beserta varian yang pelbagai membuatkan orang ramai berminat untuk mendapatkannya.

Kini selepas hampir enam tahun, Honda bakal melancarkan model generasi ketujuh mereka dengan penyertaan enjin 1.0 liter turbo yang lebih efisien dan berkuasa buat para pengguna. Berdasarkan spesifikasi yang dikongsikan, enjin terbaru daripada Honda ini mampu menjana 120 PS dan 200 Nm tork.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
honda-civic-web0973
Sumber: Autocar

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Honda menyertakan enjin turbo beserta eco mode pada model keluaran mereka. Sebelum ini, Honda lebih awal berjaya menyertakannya pada Honda Civic yang hadir dengan enjin 1.5 turbo.

Mengulas dari segi rekaan, model terbaru Honda City yang bakal dilancarkan bakal tampil dengan rekaan yang hampir sama Honda Insight. Bagi memberi gambaran lanjut, kami kongsikan kepada model Honda Insight yang baru sahaja diumumkan.

2019-Honda-Insight-Concept-1

maxresdefault

2019-honda-insight-prototype-a-civic-hybrid-by-another-name-news-car-and-driver-photo-698918-s-original

Sama-sama kita nantikan sehingga November ini dimana Honda bakal melancarkan model generasi terbaru ini di Thailand sebelum diumumkan di Malaysia seawal tahun hadapan.

Buat anak muda atau anda yang sedang mencari kereta terbaru, mungkin penantian mendapatkan Honda City antara yang berbaloi untuk ditunggu.

Sementara menantikan Honda City terbaru, tahukah anda pihak JPJ sebelum ini telah mengeluarkan tujuh jenama kereta yang dipanggil semula untuk pemasangan beg udara takat. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

JPJ Keluarkan 7 Jenama Kereta Yang Dipanggil Semula Untuk Beg Udara Takata

Pemandu Yang Tidak Menerima Saman Bakal Membayar Insuran Yang Rendah

Sumber